Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty 2026 Berkuasa 209hp, Harga Hampir RM200k
Trak dan Lori

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty 2026 Berkuasa 209hp, Harga Hampir RM200k

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026

JENAMA automobil Amerika Syarikat (AS), Ford membawa satu lagi varian lebih lasak ke pentas Pameran Auto Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026 menerusi kemunculan Ford Ranger Super Duty 2026, iaitu trak pikap yang dibangunkan khas untuk kegunaan kerja berat dan aplikasi lebih ekstrem.

Di Thailand, model itu ditawarkan dalam versi 2-kabin (double cab) pada harga 1,599,000 baht (RM197,200). Berbanding Ranger biasa, varian Super Duty hadir dengan casis lebih kukuh, gandar dipertingkat, syaf pacu (driveshaft) lebih tebal dan kapasiti tangki bahan api lebih besar berkapasiti 130 liter.

Direka untuk Kerja Berat, Bukan Sekadar Gaya

Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026

Mengambil ilham daripada trak Super Duty pasaran AS, model itu menerima fender lebih lebar, gerbang roda berkotak dan tayar pelbagai rupa bumi (all-terrain) 33 inci General Grabber yang dipadankan rim 18 inci 8-nat.

Ford turut menyediakan aksesori terus dari kilang seperti plat skid bawah bampar depan untuk meningkatkan sudut dekat (approach) dengan jarak tinggi bumi lebih tinggi.

Dari sudut prestasi, Ford Ranger Super Duty menggunakan enjin 3.0L V6 turbodiesel dengan menghasilkan output kuasa 209hp dan tork 600Nm, yang disalurkan ke semua roda melalui transmisi automatik 10-kelajuan.

Trak pikap itu turut menawarkan beberapa mod pandu seperti Normal, Eco, Tow-Haul, Slippery, Mud & Ruts, Sand dan Rock Crawl, yang menjadikan model itu sesuai untuk kerja tundaan, tapak pembinaan dan off-road berat.

Muatan, Tunda dan Keupayaan Off-Road Dipertingkat

Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026

Inilah bahagian yang benar-benar membezakan Super Duty, antaranya berat kasar (GVM) 4,500kg dan berat gabungan(GCM) 8,000kg, dengan kapasiti muatan sehingga 1,825kg untuk varian double cab.

Kapasiti tunda berbrek pula mencecah 4,500kg, menjadikan tark pikap itu  antara terbaik dalam kelas.

Ford juga menaikkan jarak tinggi bumi kepada 299mm, lebih tinggi daripada Ranger Raptor, selain kemampuan meredah air sedalam 850mm. sekali gus menjadikan model itu benar-benar dibina untuk tugas berat, bukan sekadar imej lasak.

Kabin Moden dengan ADAS Lengkap

Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026

Ruang dalaman masih mengekalkan DNA Ranger moden dengan unit infotainmen vertikal 12 inci, tetapi Ford menambah barisan suis auksiliari atas cermin pandang belakang untuk memudahkan pemasangan aksesori tambahan seperti lampu spot atau winch.

Turut tersedia ialah sistem cagak peranti bersepadu (integrated device mounting system), untuk memasang kemas tablet atau peranti kerja pada bahagian penumpang depan.

Dari segi keselamatan, Ford Ranger Super Duty 2026 dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) lengkap seperti:

  • Bantuan Sandaran Trailer (Trailer Back Up Assist)
  • Kawalan Trail (Trail Control)
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri henti-mula
  • Bantuan Kelkal Lorong (LKA)
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Ford Ranger Super Duty 2026 | BIMS 2026
Auto Terkini BIMS 2026 Ford Ford Ranger Ford Ranger Super Duty Ford Ranger Super Duty 2026 Pameran Auto Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026 Roda4 trak off-road Trak pikap trak pikap ekstrem Trak pikap tahan lasak
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.