Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bilionair Mi Segera Vietnam Beli Litar Ujian di Australia
Auto Terkini

Bilionair Mi Segera Vietnam Beli Litar Ujian di Australia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA tahun lalu, bilionair Vietnam, Pham Nhat Vuong, yang mencipta kekayaan menerusi jualan sup dan mi segera, mengasaskan jenama kereta baharu, VinFast.

Sehingga hari ini, kebanyakan produk VinFast menggunakan rekabentuk sendiri dengan menggunakan lesen teknologi asing. Antaranya:

  • Lux A 2.0 (sedan) – BMW 5 Series generasi F10
  • Lux SA 2.0 (SUV) – BMW X5 F15
  • Fadil (kereta bandar) – Opel Karl

VinFast juga menghasilkan satu lagi kenderaan utiliti sukan (SUV), President yang mampu mencapai kelajuan hingga 300kmj.

BACA >>> Toyota Australia Perkenal Granvia (2020), Hiace Versi Lebih Mewah

Pengeluar kereta nasional pertama Vietnam itu juga sedang membangunkan SUV elektrik yang bakal dipasarkan ke Amerika Syarikat (AS) seawal tahun depan. Selain AS, VinFast juga merancang meluaskan pasaran ke Eropah kerana mahu berada di pentas global.

Bagi mencapai tujuan itu, VinFast memeterai perjanjian dengan General Motors (GM) untuk membeli fasiliti ujian Lang Lang Proving Ground di Victoria, Australia.

VinFast buat masa ini tidak mendedahkan kos bayaran yang dibuat, tetapi perjanjian itu dikatakan adil dan sudah pun ditandatangani minggu lalu.

Lang Lang Proving Ground dibuka pada 1957 dan antara komplek litar terbesar di dunia dengan keluasan 970 hektar, lebih besar daripada Litar Nardo, Itali (700 hektar). Ia bukan saja menawarkan permukaan jalan raya sepanjang lebih 44km dengan pelbagai bentuk rupa bumi berbeza, tetapi juga memiliki permukaan drift 100 meter dan trek condong 4.7km.

Dua tahun lalu, litar itu menjalani proses pemodenan penaiktarafan permukaan tar baharu dan pembinaan makmal emisi moden yang mampu menampung kira-kira 3 juta ujian setiap tahun.

Menariknya, makmal ujian itu tiada masalah dengan piawaian ketat AS atau Eropah. Semua kereta jenis petrol, diesel dan sumber kuasa lain boleh diuji di situ, pada suhu -40ºC hingga +50ºC.

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT AUSTRALIA

Vinfast juga bakal memberi penghormatan kepada Holden yang pernah dibangunkan dan menjalani ujian di trek Lang Lang Proving Ground selepas GM memutuskan ‘mematikan’ jenama kereta nasional Australia itu.

Holden menjadi jenama nasional rakyat Australia sejak lebih 70 tahun. Namun, operasi pengeluaran kereta terpaksa dihentikan pada Julai lalu dan ditutup sepenuhnya penghujung tahun ini. Fasiliti ujian Lang Lang Proving Ground pula sudah menamatkan operasi pada Ogos lalu, dan dikhabarkan kira-kira 800 orang hilang pekerjaan.

BACA >>> #RetroAuto: Holden – Sejarah Kereta Nasional Australia dan Masa Depan yang Tidak Pasti

Antara penghormatan dilakukan adalah membenarkan kelab-kelab kereta atau bekas kakitangan Holden menggunakan fasiliti di kompleks tersebut. Sebagai tambahan, sekurang-kurangnya satu dewan di situ akan mempamerkan sejarah dan kisah jenama Holden.

Ada juga perjanjian untuk akses Unit Kenderaan Khas GM (GM Specialty Vehicles) bagi menguji kereta sport di Lang Lang Proving Ground.

BACA >>> KFC Australia Perkenal Restoran Khas untuk Pandu Lalu Sahaja

SUMBER: AutoForum| Motoring

Auto Terkini Bilionair Vietnam Lang Lang Proving Ground Pham Nhat Vuong VinFast
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.