Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
Auto Terkini

Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/03/202122 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISU mengenai hos penyejuk minyak (oil cooler hose, OCH) kembali hangat diperkatakan selepas seorang lagi pemilik Proton Exora CFE Turbo mengalami masalah sama. Isu ini sebenarnya kerap menimpa pemilik Exora dan seakan tidak menemui sebarang titik nokhtah.

Masalah komponen OCH bocor itu mendapat banyak respons daripada pemilik dan pengguna Exora dalam grup Facebook Exora Owners Club Malaysia (EOCM) dan ramai meluahkan rasa kesal dengan masalah sama yang masih berulang.

Ada mendakwa kualiti hos itu perlu diteliti semula dengan meminta Proton memandang berat isu berkenaan yang masih menghantui mereka, selain mengundang kehampaan terhadap jenama nasional itu.

Beberapa pengguna Proton Exora mendakwa masalah itu awalnya berlaku selepas jarak pemanduan terkumpul 40,000km sebelum merebak kepada jarak pemanduan 20,000km dan 10,000km. Kes terbaharu ini pula, belum sampai 2,000km, tetapi sudah bocor.

Berdasarkan perkongsian di grup Facebook EOCM, lelaki berkenaan mendakwa odometer keretanya baru mencecah 1,536km, tetapi hos OCH sudah bocor. Dia juga sudah selesai melakukan servis pertama kereta.

Kebocoran itu disedari selepas nampak ada tumpahan minyak di lantai dan terus membawa kenderaan pelbagai guna (MPV) itu ke bengkel dan mengirim gambar kepada ejen Proton.

Jika anda masih ingat, Proton pernah memanggil balik 94,577 unit kenderaan mengenai masalah OCH, membabitkan tiga model iaitu Exore Bold, Preve dan Suprima S. Kempen panggil balik akibat masalah itu melibatkan semua model walaupun hos pada kenderaan pemilik tidak pecah.

BACA >>> Nak Hos Turbo Pun Tunggu Lebih 2 Minggu, Lelaki Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Proton
BACA >>> Proton Panggil Balik 94,577 Unit Exora, Preve dan Suprima
BACA >>> Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?

SUMBER: Facebook

EOCM Proton hos penyejuk minyak (OCH) masalah OCH Proton Oil Coller Hose (OCH) proton exora Proton Exora Bold proton exora bold 2021
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026

    22 Comments

    1. Muhammad Nur Hakim on 09/03/2021 16:21

      KEPADA PROTON CARS TOLONG AMBIL PERHATIAN ISSUE TENTANG OCH ITU. SAYA OWNER EXORA. MADE IN MALAYSIA 🇲🇾.

      Reply
    2. Din on 09/03/2021 20:30

      Elok pandu laju temuramah terus pegawai proton tu.. bila nak selesai??

      Reply
    3. Anizan on 09/03/2021 23:51

      Kenapa dari pihak Proton macam buat senyap jer pasal isu OCH ni..setiap kali ada pengguna Exora up isu OCH ni..dan sekarang makin kerap pulak isu ni..Saya pun baru guna Exora RC ni..dan sekarang dah rasa macam menyesal pulak amik Exora ni..at least wakil pihak Proton tampil la bagi statement ke..ni makin timbul isu OCH terus buat buat diam…seolah olah x da apa apa berlaku…kami di pihak consumer dah rasa macam tertipu dah ni…ke mana lagi saluran yang ada dapat membantu…ingat senang ke nak menabung kumpul duit buat down payment…end up hasilnya macam apa ntah..
      #proton

      Reply
    4. PenggunaExora2012 on 10/03/2021 07:35

      Pihak yang berwajib di syarikat Proton semakin sombong dan nyata sekali bahagian Komunikasi Koprat dan Komunikasi Pengguna mereka gagal dalam memberikan kenyataan rasmi. Isu paip getah OCH mudah rosak dan tidak berkualiti bukan baru tetapi sudah bertahun bagi kebanyakan pengguna Exora, Preve dan Suprima tapi mereka masih gagal memberikan penyelesaian untuk memperbaiki masaalah ini. Sementara pihak kerajaan yang bertanggungjawap mungkin berpendapat bahawa masaalah ini terpencil dan tidak perlu untuk mereka memantau ataupun campur tangan.

      Reply
    5. Azman on 10/03/2021 07:35

      Tertarik dengan Promosi.. terus Beli Exora RC ni.. ingat masalah OCH ni dah selesai selepas proton panggil semula.
      Tapi jadi fobia pulak bila ada yg kena OCH bocor x sampai 2000km.. kalau nampak bocor time Parking ok lagi..bayangkan kalau semasa drive minyak kering… Adoiiii modal besar Oii nak repair… Harap pihak Proton ambik serius lah. Tak kan nak viral, masuk media sosial baru nk bertindak…
      #abangfobia
      #ochbocorxhabis2

      Reply
    6. Chedet on 10/03/2021 13:44

      Mohon wartawan adakan temuramah dan minta pihak Proton adakan sidang media berkaitan perkara ini dengan segera. Jika kes ini selesai saya yakin jualan Proton Exora mampu dilonjakkan mengatasi MPV yang lain kerana Proton Exora adalah terbagus dari segi pemanduan dan kemasan dalaman. Black Edition adalah produk yang terbaik Proton hasilkan. Jangan disebabkan sayangkan kos yang kecil untuk penambahbaikan OCH ini menyebabkan Proton akan hilang pelanggan setia selama-lamanya. Secara realitinya ramai bakal pemilik Exora di luar sana tetapi masih berkira-kira untuk menempah disebabkan masalah OCH ini.

      Reply
    7. Chedet on 10/03/2021 13:45

      Samalah kita…saya beli Black Edition dengan harapan Proton dapat berbuat sesuatu dengan segra.

      Reply
    8. Muhammad Arshad Bin Mustapaha on 10/03/2021 16:59

      aiseymen.. hajat nk support kete national..yelah 70k 7 seater mpv.. segmwn c pulak tuh.. lus kot.. tapii bila jadi mcmni buat terpikir taknak pening kepala dan takut…kang beli jelah avanza… walaupun design org tua2 sikit.. cuma lampu depan jelah nmpk moden ala2 alphrd.. tp 5 tahun gerenti senyum jelah.. kalau terlebih milage pun tak risau sngt. yg penting boleh point A ke B dengan selesa sikit dan tak pening kepala..

      Reply
    9. Nad on 11/03/2021 07:26

      Kereta masih baru tp takut nk jalan jauh. Nyesal tul beli proton

      Reply
    10. AK on 07/04/2021 12:51

      Pandulaju tolonglah kami. Cuba interview orang kuat proton tengok apa kata depa. Tak mau jawapan generic. Nak jawapan yang konkrit.

      Reply
    11. Nuzuluddin on 19/05/2021 22:02

      Kali kedua OCH bocor. Buang masa. Buang duit. Buang tenaga. Masalah tak selesai2.

      Reply
    12. Faheem on 25/05/2021 09:10

      Kalau Proton boleh beri kenyataan yang telus berkenaan punca masalah-masalah dalam Exora, kemudian kemukakan penyelesaian, rasanya tak mustahil jualan boleh meningkat nanti. Masalah Exora kami semua sudah tahu. Ramai juga yang sudah alami. Jika Proton boleh atasi masalah yang agak “common” ini, saya tak nafikan yang exora boleh meneruskan legasinya sebagai kereta MPV pilihan rakyat Malaysia!

      Reply
    13. Terminus on 29/05/2021 14:01

      Hehe … Tengah pasang Custom OCH dari Tam Turbo Motorsport.

      Steel braided.

      Reply
    14. Fairul Fahmi on 28/09/2021 04:56

      Exora saya bli hujung tahun lepas pun kena semlm, baru KM 11363. Nasib perasan, itu pun sbb member2 pesan sll tgk2kan OCH bawah enjin psl kerap sgt kes ni jd walaupun kete baru.

      Reply
    15. Muhamad Kamarulzaman on 21/11/2021 00:02

      Saya beli Exora Black Edition ODO meter belum sampai 6k OCH dah leaking..tambah pula dengan streeng rack juga leaking..Dan yang terbaru oil pan juga leaking..jem jap kepala memikir..ingat beli kereta baru lapang skit kepala..ni dah jadi banyak kerja plak nak ulang alik SC..Belum masuk nk order streeng rack 1 bulan order..
      Harap pandulaju.com dapat ketengahkan perkara ni pada Proton

      Reply
    16. Fahmi on 07/01/2022 11:17

      Sedih betul dgn pengurusan proton,och sekarang dah jadi limited part,nak tukar kena g proton,yg terlampau jauh ngan proton kereta pulak pecah hose tak blh bawak,nak bawak kena bayar towing lagi,nak beli tak dibolehkan beli untuk pasang kat luar dari proton,satu kuantan call sama jer ayat,bermain di kepala kenapa kedai spare part blh dapat tapi dengan harga 3 kali ganda mahal dari harga kat proton,adakah yg dinamakan dealer ni betul2 buat bisnes sampai part kat proton licin jadinya???nyesal pak jamil tak kawin 4…Hahahaha,call hq proton sampai bertaik telinga asyik talian sibuk…hidop proton???

      Reply
    17. Nor Helmy Amir Norhalim on 31/01/2022 10:56

      Assalam
      Den pemilik exora black edition yg dibeli akhir thn 2021 Nov pun alami masalah yg sama.Br lepas 1st service,km br 3960km.So far takde masalah lain.Tp layanan,aduan & afterservice drpd Proton NHL 4S Mlk tiptop & terbaik.Dpt keutamaan checking dulu.Harap² tiada masalah berkaitan pd enjin ni terutama bila habis warranty nanti.Insha allah

      Reply
    18. muhammad ahnaf.. on 03/02/2022 13:25

      aku baru je.. beli proton exora ni.. sekarang dah tersadai kat bengkel pasal oil cooler ni . sekarang planing nak tukar produa aruz atau alza je.. rugi duit sikit pun tak apa lah.. malas nak pening2 kepala.. produa juga terbaik. Myvi aku dah 9 tahun guna.. km dah lebih 100k. masih tak ada masalah..

      Reply
    19. ram on 15/02/2022 14:42

      och kong
      EO kering enjin kong… depa ganti tak seketul enjin baru?

      Reply
    20. Saf on 23/01/2023 12:09

      Rasanya kerajaan kena pantau pembuatan och di kilang.. Getah och patutnya bkn sebarangan getah tp polimer bkualiti tggi, tahan haba suhu tggi susah crack dll…mahal xpe janji akur kpd mileage. Kalu 40k,pastikan 40k..kalu xlibatkn enjin xpe sbb kdg2 kalu tgh speeding, xsedar pecah@lambat brenti pastu rosak enjin.

      Reply
    21. Adb on 15/07/2023 13:27

      Supplier och dan proton Malaysia sdh lama tahu masalah ni. Hanya quality dept proton sdh terima rasuah dan masih menggunakan parts yg tiada quality. Sebagai sykt pengeluar kereta nasional, ni memang memalukan. Bagaimana kereta nasional nak maju kalau rakyat sendiri sdh give up dgn sikap bisu dan acuh tak acuh ??
      Nasib malang lah owner kereta nasional …. hiduplah proton

      Reply
    22. Syam on 10/10/2023 15:13

      Alhamdulillah. Dah selamat saya jual Proton Exora Bold saya, beli kereta lain yang tak bagi sakit kepala…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.