Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi – Tip Pilih Saiz dan Jenis
Autotainment

#BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi – Tip Pilih Saiz dan Jenis

ZYBy ZY25/01/201910 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN melakukan tetapan sproket seperti dijelaskan panjang lebar dalam #BikinMotorLaju [SIRI 1], penunggang juga boleh menukar tayar asal kepada jenis berprestasi tinggi sebagai modifikasi asas untuk menjadikan motosikal anda lebih pantas.

Pemilihan Tayar Prestasi Tinggi

Saiz rim lebar yang didatangkan pada kapcai premium pilihan ramai, seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R sedikit sebanyak mempengaruhi penunggangnya menyarungkan set tayar prestasi tinggi kegunaan superbike yang lebih lebar, lebih bergaya dan semestinya lebih mahal.

Alasannya mudah, jika tayar itu sesuai untuk motosikal berkuasa tinggi, sudah tentu juga sesuai untuk kapcai berkuasa tinggi, sekali gus  membolehkan mereka memecut lebih pantas dan melayan selekoh hingga mencecah lutut.

Memang benar, tayar motosikal berkuasa tinggi semestinya memberikan prestasi lebih baik berbanding tayar biasa. Namun, disebabkan tayar berkenaan direka untuk tujuan tertentu, sebaiknya pemilihan tayar dibuat dengan mengambil kira paten tunggangan terlebih dahulu.

Contohnya, penunggang yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari perlu menumpukan kepada aspek:

  •  Ketahanan
  • Jangka hayat
  • Tahap cengkaman (jalan kering dan basah)

Semua aspek di atas ini adalah bagi menyesuaikan situasi tunggangan dengan kondisi cuaca yang tidak menentu.

Buat penunggang hujung minggu (kerana memandu ketika hari bekerja atau naik pengangkutan awam), pemilihan tayar adalah lebih fleksibel tanpa perlu menitik beratkan tahap cengkaman atas jalan basah, termasuk jangka hayat tayar. Tetapi, mereka masih perlu mengambil kira perihal harga supaya pembelian tidak terlalu membazir.

Semua situasi berikut memerlukan pemilihan tayar yang boleh dibezakan melalui material kompaun dan kategori seperti berikut:

1. KOMPAUN TAYAR (COMPOUND)

Material tayar yang anda gunakan bukanlah 100 peratus daripada getah, sebaliknya terdiri daripada sebatian (compound) getah dan bahan kimia lain yang mampu memberikan kadar kekenyalan berbeza. Kadar kekenyalan itu menentukan tahap kehausan dan harga, di mana tayar kompaun lembut lebih cepat haus dan berharga mahal.

Memandangkan panduan ini menumpukan kepada faktor kelajuan dan ekonomi, pemilihan kompaun paling sesuai adalah daripada jenis tayar medium. Walaupun lebih lembut berbanding tayar getah biasa, tetapi masih mempunyai jangka hayat sekitar 8,000-12,000km bergantung jenis motosikal dan paten tunggangan.

Jika lebih berkemampuan, anda boleh memilih tayar dwi-kompaun yang mana kompaun medium digunakan pada tengah tayar untuk ketahanan, manakala kompaun lembut pada sisi tayar untuk memberikan cengkaman ketika mengambil selekoh.

2. KATEGORI TAYAR

Pemilihan kompaun turut ada kaitan dengan kategori tayar, dan pilihan utama terdiri daripada jenis Sport dan Sport Touring:

  • Sport Touring – Diperbuat daripada material kompaun medium. Tayar dalam kategori ini boleh dianggap mampu milik, tetapi boleh juga didapati dengan material dwi-kompaun. Selain menawarkan tahap cengkaman tinggi dalam keadaan kering, rekaan paten alur atau groove pada tayar Sport Touring direka untuk menyisihkan air lebih cepat, sekali gus memberikan cengkaman tinggi pada permukaan basah juga. Tayar jenis ini sesuai untuk tunggangan harian.

 

  • Sport –  Diperbuat daripada material dwi-kompaun yang mana luas bunga tayar (tread) besar memberikan cengkaman tinggi atas permukaan kering baik sama ada di jalan lurus atau selekoh. Paten alur pendek pula, walaupun kurang efektik untuk mencengkam jalan basah, berfungsi sebagai ruang fleksibiliti yang membolehkan jejak tayar berubah bentuk mengikut kondisi permukaan jalan. Tayar jenis ini sesuai untuk tunggangan santai pada hujung minggu.

Kepada penunggang yang mahu masuk trek atau track-day, jangan terlalu gelojoh mahu mendapatkan tayar spesifikasi perlumbaan atau jenis slik yang lebih mahal. Ini kerana tayar Sport dan Sport Touring juga masih mempunyai kemampuan dan kualiti yang cukup untuk tunggangan dalam litar, melainkan skil tunggangan anda sudah di tahap pelumba sebenar.

Sesetengah tayar Sport Touring turut didatangkan dalam versi hujan; memberikan cengkaman yang lebih cemerlang berbanding tayar biasa. Bukanlah bermakna dengan menggunakan tayar ini anda masih dapat mengambil selekoh pada sudut ekstrem walaupun semasa hujan lebat tetapi penggunaannya lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh setiap hujung tahun sebagai contoh sedikit sebanyak meningkatkan lagi keyakinan tunggangan anda.

BACA >>> Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

Masih sukar buat pilihan? Sesetengah pengeluar tayar turut memaparkan klasifikasi dan rating tayar di laman web rasmi bagi memudahkan pengguna seperti anda menilai jenis tayar yang sesuai untuk kegunaan dan kehendak peribadi selain kesesuaian penggunaan mengikut cuaca. Berikut ialah maklumat seperti ditunjukkan laman web Michelin seperti di bawah ini:

BACA >>> Panduan Mengepam Tayar, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?

3. PEMILIHAN SAIZ TAYAR

Sama seperti pemilihan jenis tayar di atas, kehadiran jentera berprestasi tinggi memang menjadikan populariti tayar lebar semakin meningkat di kalangan penunggang kapcai berkuasa tinggi. Tidak dinafikan tayar lebar mampu memberikan cengkaman tinggi, tetapi ramai tersalah anggap bahawa sesebuah motosikal memerlukan tayar yang lebih lebar berbanding saiz asal jika mahu mendapatkan lebih cengkaman di selekoh.

Faktanya, saiz dan lebar tayar asal sebenarnya sudah mencukupi kerana pengeluar terlebih dahulu mengambil kira tahap kuasa dihasilkan sesebuah motosikal. Ini termasuk mempertimbangkan skil tunggangan majoriti bakal pemilik bagi mendapatkan padanan saiz rim dan tayar yang sesuai.

Sebaik-baiknya, tukar dahulu tayar asal kepada tayar prestasi tinggi mengikut saiz asal sebelum memikirkan apakah anda sudah cukup menguasai skil tunggangan yang memerlukan saiz tayar lebih lebar?

Caranya, perhatikan lebar kawasan jejak atau bekas geseran jalan yang berbaki pada tayar motosikal anda (foto atas kiri), juga digelar ‘chicken strips’, iaitu istilah khas yang ditujukan kepada penunggang yang kurang berani (chicken = ayam) melayan ‘corner baring’. Di bawah ialah contoh chicken strips yang berpunca daripada kombinasi tayar lebar dan skil tunggangan kurang mantap.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah ‘Chicken Strips’? Pantang Besar Buat Si Hati Kering!

Anda juga dapat perhatikan, pemilihan tayar yang melampau lebar turut membuatkan profil tayar membulat. Ini mengurangkan permukaan sentuhan dalam situasi menegak yang berisiko menyebabkan bahagian tengah tayar lebih cepat haus, dan memerlukan anda menukar tayar lebih cepat.

Berbeza pula contoh di atas (foto atas kanan), baki chicken strips sangat sedikit. Itu menandakan si penunggang berjaya memaksimumkan penggunaan tayar tersebut. Jika anda juga berjaya mencapai penggunaan maksimum seperti dalam gambar ditunjukkan, bolehlah berkira-kira menaik taraf kepada tayar lebih lebar. Jika tidak, eloklah kekal sahaja dengan saiz tayar asal.

Penting juga memastikan saiz rim sebelum membuat keputusan memilih saiz tayar. Ini kerana saiz rim turut mempengaruhi bentuk tayar selepas dipadankan. Sesetengah laman web pengeluar tayar seperti Corsa ada menyediakan senarai saiz rim yang sepadan dengan saiz tayar jenama itu.

TUKAR TAYAR BOLEH DIANGGAP MODIFIKASI UNTUK TAMBAH KELAJUAN?

Mungkin ada yang masih ragu-ragu, betul atau tidak menukar tayar mampu membuatkan motosikal lebih laju? Persepsi tersebut tidak menghairankan kerana selama ini tayar hanya dilihat sebagai komponen untuk sesebuah motosikal bergerak.

Anda perlu faham, motosikal yang dipasarkan untuk kegunaan praktikal, misalnya moped, dibangunkan untuk penjimatan, dan salah satu cara mencapai tahap penjimatan terbaik adalah menggunakan tayar ekonomi untuk jangka hayat lebih lama.

Apa yang kurang enak, bagi penggemar kelajuan, tayar ekonomi menggunakan kompaun yang keras, sekali gus kurang memberikan cengkaman, dan berbahaya ketika membrek atau melayan selekoh dalam kelajuan tinggi.

Jadi, menukar tayar asal kepada tayar berprestasi tinggi dan memilih saiz tayar yang sesuai sememangnya dapat meyakinkan penunggang untuk beraksi lebih laju dan selamat walaupun bukan 100 peratus meningkatkan prestasi motosikal anda.

autotainment Bikin Motor Laju modifikasi motosikal Moped motosikal roda2 tip pilih tayar motosikal tip pilih tayar prestasi tinggi
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

24/03/2026
Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026

10 Comments

  1. Dominic Tubam on 28/12/2018 12:26

    boleh bagi tayar yang sesuai untuk Honda RS150R Touring. Harga berpatutan bosskur

    Reply
  2. Lieza on 27/11/2019 14:57

    Tayar yang sesuai untuk honda ex5 dan size apa

    Reply
  3. Mohd Suarto Bin Sada on 10/12/2019 08:02

    Asalammualaikum dan salam Sejahtera.. Minta Cadangan,Jenis tayar dan Size yang sesuai untuk Yamaha FZ150i, ulang alik 80KM (Tempat kerja – Rumah, setiap hari)..

    Reply
  4. IDRIS on 04/03/2020 12:54

    boleh bagi cadangan tayar yang sesuai untuk Honda RS150.. kadar tunggangan 100KM sehari pergi balik kerja

    Reply
  5. Arm on 01/08/2020 16:52

    Tyre saiz 80/90 blakang, depan 90/80 ok ke layan corner.. Saiz rim 1.6

    Reply
  6. Ralph on 18/09/2020 22:18

    Tayar apa sesuai untuk rs150 v2?

    Reply
  7. ahmad imran b ismail on 30/09/2020 16:57

    boleh cadang kan Tayar yg sesuai utk Moto Benelli Trk 250 touring bike tak…tayar blakang…tq

    Reply
  8. Asri on 17/01/2021 23:12

    Tayar yang sesuai untuk rs 150 v2

    Reply
  9. Khairul Amri Bin Bahari on 04/02/2021 13:19

    HONDA RS150R V2

    Saiz standard tayar depan 90/80/R17, harganya RM100 ke bawah.

    Saiz standard tayar belakang 120/80/R17, harganya RM160 ke atas, ikut jenama tayar laa…

    Reply
  10. Awie on 09/04/2021 23:36

    Boleh bagi cadangan untuk motor RS 150 main corner pakai tayar saiz apa dan jenama apa..terima kasih

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
Trak dan Lori

Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

By Shazwan Hisam18/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.