Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: KTM 640 Duke II, Dulu Supermoto, Sekarang Street Tracker Harian
Bikin Auto

#BikinMotor: KTM 640 Duke II, Dulu Supermoto, Sekarang Street Tracker Harian

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUDAYA kustom supermoto semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didorong kumpulan pembina motosikal yang menghargai hal prestasi selain nilai estetika.

Salah seorang pembina itu ialah Garett Wilson dari Dubstyle Designs di Colorado, Amerika Syarikat yang menjadikan jentera street tracker KTM ini sebagai tunggangan setiap hari.

Inilah rupa asal supermoto KTM 640 Duke II.

Wilson memulakan proses mengubah suai KTM 640 Duke II dengan menanggalkan semua komponen plastik sebelum merancang binaan badan baharu. Sebenarnya, dia sudah membuat kajian dan mengumpul komponen diperlukan sejak beberapa tahun lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

Ada dua perkara utama yang mahu dilakukannya, iaitu menjadikan 640 Duke II lebih ringan dan meningkatkan prestasi motosikal tersebut.

“Rancangan saya dengan semua motosikal (yang dibina) adalah jadikan ia lebih berprestasi. Duke II standard ada berat kering 320 paun (145kg) dan saya cuma dapat turunkan kepada 205 paun (138kg) bersama isian satu tangki minyak penuh,” katanya.

Bagi menonjolkan gaya motosikal, Wilson menukar rim asal 17 inci kepada 19 inci jenama Sun dengan jejari Buchanan yang ditambat pada hab KTM, dan ada spacer digunakan. Durelle Racing pula membantu merendahkan ketinggian asal fork dan absorber belakang WP sebanyak 2 inci (5sm), manakala dia sendiri menghasilkan pemegang fork sebelum monoshock disembur car mengikut warna badan motosikal.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa

Subfrem baharu dipasangkan pada frem asal, dan ekor belakang dibuat daripada material gentian kaca dengan ruang untuk lampu signal belok dan lampu belakang LED. Tangki minyak dipilih daripada jenis Honda Hawk (1978) yang diambil dari kawasan skrap dan diubah suai supaya lebih ramping tanpa mengganggu fungsi fork.

“Saya membentuk ruang kosong bawah tangki minyak untuk ruang simpan dan pemasangan beberapa komponen elektronik,” katanya.

Lampu depan 640 Duke II diletakkan dalam panel plat nombor, daripada gentian karbon. Mounting ditambah antara plat dan fork supaya ada cukup ruang untuk lampu depan. Asalnya, model ini bukanlah motosikal kurang berprestasi, cuma sedikit berat. Jadi, memastikan enjin boleh ‘bernafas’ lebih baik, pembaharuan pun dibuat.

Wilson sememangnya gemar menggunakan tabung ekzos Yamaha R6 untuk kerja modifikasi motosikal, dan kali ini dia kekal memilih komponen sama.

“Saya padankan (ekzos) dengan mufler FMF Apex dan header Megabomb, serta sambungkan pada paip keluli tahan karat. Dengan tambahan karburator Keihin 41mm FCR, rev enjin (RPM) dapat ditarik lebih panjang,” katanya.

Proses mendapatkan unit penyejukan enjin agak rumit kerana dia perlu bawa pita ukur ke kawasan skrap untuk mendapatkan radiator bersesuaian yang boleh dimuatkan antara fork dan tangki minyak baharu. Akhirnya, unit radiator aluminium aftermarket, yang diambil dari Honda Magna lama. Proses mengecat diserahkan kepada pakar kemasan, Dan White dengan hasil cukup luar biasa.

BACA >>> #Spyshot: KTM 200 Duke (2020) Akan Tampil Berbeza

GALERI

SUMBER: BikeExif | DubstyleDesignsInstagram | SamBendall

bikin motor Dubstyle Designs Garett Wilson KTM KTM Duke II roda2 street tracker
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.