Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper
Bikin Auto

#BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENGKEL kustom 2LOUD Custom di Taiwan menarik perhatian ramai apabila mengubah suai SYM Symba kepada kapcai gaya chopper mengikut selera pelanggannya, seorang gadis.

Symba ialah model SYM yang dihasilkan berasaskan barisan Honda Cub dengan mendapat kebenaran daripada pengeluar motosikal Jepun itu.

Pada 1962, SYM menjalinkan usahasama dengan Honda untuk memulakan projek motosikal versi pemasangan tempatan (CKD) di Taiwan. Pada 1969, kolaborasi itu dikembangkan kepada pemasangan model kereta pula seperti Civic dan Accord sebelum ditamatkan pada 2002.

BACA >>> #BikinMotor: ‘Suzuki Satria F150 Minor Fighter’ – dari Kapcai ke Sportbike Jadian!

Ada tiga komponen utama kapcai SYM-Honda dikekalkan, iaitu frem asal, tangki minyak dan swingarm. Sebahagian besar komponen lain ditukar atau menjalani proses kustom supaya tampil lebih unik. Tempat duduk dijadikan pelana tunggal dengan tambahan penyandar belakang, dan dibalut material kulit bersulam.

Penutup tangki minyak masih kekal di bawah pelana. 2LOUD Custom menambah dua kunci dengan pemegang keluli supaya tuan punya motor ini dapat membuka pelana untuk mengisi petrol. Fender belakang pula dipotong.

Karakter chopper diserlahkan menerusi penggunaan bar hendal telinga arnab bentuk ‘V’. Hendal gaya klasik itu disambungkan terus ke tiub fork, manakala instrumen meter ditanggalkan. Penggunaan butang juga minimal, dan akhir sekali kemasan krom dipilih untuk penampilan lebih memukau.

Trenkuasa asal Symba dijana enjin 90cc dengan transmisi klac sentrifugal 3-kelajuan. Bagaimanapun, model bikin ini dipasangkan enjin silinder tunggal 190cc buatan Zongshen dengan kotak gear 5-kelajuan. Jadi, lebih laju dan berkuasa!

Fairing sisi dan depan sengaja ditanggalkan untuk mendedahkan enjin dan frem utama. Sistem ekzos pula jenis kustom yang lebih kompak dengan imej retro. Rim 17 inci dibalut tayar Duro, manakala sistem brek jenis dram dikekalkan. Bagaimanapun, suspensi belakang dinaik taraf kepada jenis spring.

Hasilnya memang mantap!

BACA >>> #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

GALERI

SUMBER: Zing

2LOUD Custom Bengkel 2LOUD Custom bikin motor chopper Kapcai Kapcai Chopper Motosikal Chopper SYM SYM Symba Taiwan ubah suai
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.