Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#BikinMotor: BMX Mongoose Californian (1983) dengan Enjin 125cc
Auto Terkini

#BikinMotor: BMX Mongoose Californian (1983) dengan Enjin 125cc

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENGKEL kustom motosikal dari Britain, Sub Kulture Cycles mencipta satu lagi basikal BMX motor yang kali ini menggunakan frem replika Mongoose Californian (1983).

Mongoose ialah antara jenama ikon basikal BMX 1970-80-an, dan agak popular di Malaysia sekitar 1990-an. Portal Silodrome mendakwa frem basikal motor itu bukan Mongoose tulen, tetapi unit semi-replika buatan Adam Ryan dari syarikat Kepspeed di Britain.

BACA >>> Bell Custom 500 SE Haro – Helmet Edisi Khas Sentuhan Legenda BMX Gaya Bebas

BMX bermotor itu pula hasil ciptaan Tony (Sub Kulture Cycles), sebagai sebahagian misi membina 12 basikal BMX jenama popular versi motor yang mana proses pembuatan dan rekacipta dibuat di garaj rumah. Dia juga berjaya mendapatkan semua pelekat asal Mongoose untuk ditampal pada frem replika BMX hingga mengelirukan peminat Mongoose.

Malah, dia terpaksa tampil membuat penjelasan kepada peminat BMX yang itu bukan frem tulen Mongoose Californian, cuma versi replika.

Sementara itu, Mark Nadin (Black Crow Engineering) menghasilkan komponen bilet yang diperlukan untuk projek tersebut, manakala syarikat Vernon Moss melakukan kerja-kerja saduran logam emas dan nikel. Bahagian roda dipasangkan rim 72 jejari, lengkap dengan sistem brek dram Honda, dibekalkan Kepspeed.

BACA >>> #BikinMotor: Modenas V15 Jadi Fun Bike, Paduan Gaya Chopper, BMX dan Honda Dax

Trenkuasa dipacu enjin 125cc semi-automatik dengan kotak gear 4-kelajuan daripada Lifan, dan Unit karburetor jenis Molkt VM 26. Sistem ekzos kustom yang kelihatan seperti ular kapak (viper) mendapat sentuhan dicipta Nath (NAW Automotive).

BMX motor ini turut dipasangkan bar hendal CW BMX, pelana Kashimax BMX, pad bar Mongoose tulen dan set rantai motosikal Renthal 420.

GALERI

SUMBER: Silodrome | SubKultureCycles | DavidGarrison | BikeExif

basikal basikal BMX bikin motor BMX BMX Mongoose Californian motosikal roda2 Sub Kulture Cycles
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Adventure Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.