Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: BMW R18 Jadi Motosikal Drag Sentuhan RSD
Bikin Auto

#BikinMotor: BMW R18 Jadi Motosikal Drag Sentuhan RSD

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad sebenarnya banyak menghabiskan masa untuk menarik perhatian peminat motosikal dunia dengan berkongsi pelbagai foto acah cruiser R18.

Rasanya tidak kurang 18 bulan digunakan untuk mempromosi R18 sama ada secara langsung daripada BMW atau tidak disengajakan seperti perkongsian beberapa foto acah, dan foto bocor yang tular di Internet, pengumuman enjin big boxer 1.8L, pendedahan model kustom dengan enjin 1.8L ke pameran motosikal dan pembukaan pratempahan R18.

BACA >>> Tempahan BMW R18 Dibuka dengan Bayaran Bulanan RM2.5k Sahaja

Malangnya, kegemilangan debut model cruiser ini tidak dapat dibuat secara langsung dan terpaksa ditukar kepada pelancaran digital pada 3 April lalu. Ini kerana dunia sedang sibuk bergelut dengan krisis penularan Covid-19 dan model ini seakan hilang sebentar dari radar media dan perhatian orang ramai.

Terkini, BMW Motorrad cuba menjadikan semula R18 sebagai topik bualan ramai menerusi projek baharu. Caranya, melantik Roland Sands dari firma kustom Roland Sands Design (RSD) di California, Amerika Syarikat untuk membuat kejutan.

RSD dan BMW Motorrad sebenarnya memiliki sejarah kolaborasi yang mana RSD bertanggungjawab mencipta beberapa komponen aftermarket dalam katalog R18. Jangan terkejut kerana projek RSD ini diiktiraf sebagai model kustom rasmi pertama BMW R18, walhak ada banyak versi modifikasi dan kustom R18 lain yang pernah muncul.

Sands, yang sukakan gaya pantas seperti muscle car Amerika, memilih mengubah bentuk asal R18 kepada gaya dragster hardtail yang dijenamakannya sebagai BMW R18 Dragster. Ya, mengubah suai R18 sebagai jentera drag bukan ‘perkara normal’ jika melihat pada output asal model itu, cuma berkuasa 91hp dan tork 158Nm.

Sands dan pasukannya  menanggalkan set suspensi belakang, termasuk subfrem dan mencipta komponen baharu sebagai pengganti. Pada masa sama memilih menggunakan aci pacu (drive shaft) buatan OEM. Peg kaki asal ditanggalkan dan posisi asal pemijak kaki dianjak untuk bersambung dekat tayar belakang. Begitu juga tuil brek kaki, pam minyak brek dan gear kustom.

Satu pengadang logam kecil ditambah sebelan kanan subfrem baharu untuk melindungi kaki penunggang daripada terkena sambungan aci pacu.

Transformasi bahagian depan menyaksikan penggunaan fork boleh laras yang dipinjam daripada R nineT. Set brek pula diambil daripada S1000RR, manakala rim sama seperti dalam katalog R18 buatan RSD.

Bar hendal ditukar kepada jenis clip-on dan direndahkan posisi. Tambahan komponen lain ialah spidometer BMW/RSD, lampu depan, penutup pam silinder utama dan penutup tangki minyak. RSD juga mengekalkan sebahagian besar gaya asli R18 standard dan cuma memotong kedua-dua fender supaya lebih tirus. Pelana buatan Saddlemen dipilih sebagai tempat duduk baharu.

Permukaan tangki minyak ditampal pad kulit untuk memberi sedikit perlindungan pada dada penunggang ketika membongkok apabila memecut. Bahagian bawah enjin ada belly pan dibuat daripada aluminium. Komponen tiga bahagian bertujuan meningkatkan faktor aerodinamik R1B Dragster dan menyimpan sebahagian besar pendawaian motosikal ini.

Di bawah pelana, ada tong krom dan ini ialah sistem nitrus basah keluaran Nitrous Express. Bahan pemangkin kelajuan ini disambung terus dalam manifold ambilan kustom daripada keluli.

Manifold itu juga ada sambungan pam bahan api berasingan untuk saluran campuran nitrus dan tambahan petrol. Ini membolehkan R18 Dragster ditunggang menggunakan campuran nitrus atau petrol sahaja.

Pemetaan dalam unit kawalan enjin (ECU) masih standard dan tidak mendapat talaan pecutan. RSD turut memasang injap pembersihan Nitrous Express dan sensor posisi terotel elektronik (ETP), bertujuan memastikan campuran petrol-nitrus cuma masuk apabila terotel dibuka luas.

Satu sistem ekzos kembar kustom daripada keluli tahan karat disambung pada unit enjin untuk membantu menyalurkan sisa asap dengan lebih efisien. Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai output sebenar enjin R18 Dragster, berat motosikal atau berapa pantas ia boleh memecut.

BACA >>> Toyota Land Cruiser Prado (2021) dengan Turbo Lebih Kuasa, Gaya Dipertingkat

GALERI

SUMBER: Asphalt and Rubber | BikeExif

 

bikin motor BMW BMW Mototrrad BMW R18 cruiser
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    30/03/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: TRRC Daripada Twisted – Terjemahan Semula Range Rover Classic!

    17/03/2026
    Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

    04/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.