• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tempahan BMW R18 Dibuka dengan Bayaran Bulanan RM2.5k Sahaja

Tempahan BMW R18 Dibuka dengan Bayaran Bulanan RM2.5k Sahaja

July 2, 2020 By AI Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad Malaysia akan membawa masuk model R18 ke pasaran tempatan dan tempahan kini dibuka menerusi platform atas talian BMW Motorrad Malaysia. Cruiser dengan enjin boxer itu menggabungkan ciri-ciri ikonik dalam sejarah motosikal Jerman  bersama gabungan tunggangan yang moden.

BMW R18 yang tiba di Malaysia adalah versi First Edition yang dipadankan dengan enjin boxer dwi-silinder bersama deruman yang meningkatkan adrenalin. Lebih menarik model tersebut hanya terhad 18 unit sahaja di Malaysia dan penghantaran akan dibuat Oktober depan.

BACA >>> BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas

Harga BMW R18 First Edition ialah RM156,500. Berikut 7 fakta pantas mengenai cruiser tersebut:

1. BMW R 18 dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 1,802cc penyejukan udara/minyak yang menghasilkan tork maksimum 158Nm @ 3000rpm, manakala kelajuan maksimum 180kmj.

Dilengkapi ambilan paip suntikan bahan api elektronik bersama pembakaran palam pencucuh kembar. Kuasa disalurkan ke roda menerusi klac kering cakera tunggal bersama transmisi 6-kelajuan. Atas kertas model itu mampu memberi kecekapan bahan api 5.6 liter per 100km

2. BMW R18 klasik yang berkapasiti besar itu menampilkan logo First Edition dengan gubahan jalur halus berlatarkan warna hitam berkilat bagi menyerlahkan gaya dan sensasi tiada bandingan. Aura cruiser diserlahkan dengan bar hendal, tuil penukar gear, pelindung hendal, kepala silinder, engkol, serta komponen ambilan kemasan krom.

BACA >>> SUV 'Toolbox', Toyota TJ Cruiser Versi Pengeluaran Akan Buka Tempahan Disember Ini?

BMW R 18_10
BMW R 18_9
BMW R 18_12
BMW R 18_11

3. Lampu depan menggunakan teknologi LED penuh, termasuk lampu brek dan belakang yang digabungkan bersama lampu indikator. Pelindung enjin ‘Machined’ yang dibuat daripada aluminium dengan kerjasama Roland Sands Design yang menggabungkan kemasan warna kontra hitam dan perak. BMW R18 terbaharu juga membawakan elemen jalur kembar dan krom.

BMW R 18_10
BMW R 18_15

4. Suspensi depan ditampung fork teleskopik klasik di depan dan fork keluli jenis swingarm di belakang. Sistem brek diserahkan kepada unit cakera kembar 300mm dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal di belakang. Melengkapkan lagi ciri keselamatan BMW R18 ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan tiga mod tunggangan: Rock, Roll dan Rain.

5. Imej klasik diserlahkan dengan kluster instrumen bulat yang memaparkan maklumat pelbagai fungsi seperti spidometer analog. Seperti model BMW Motorrad lain sistem Keyless Ride menggantikan kunci konvensional. Ciri standard lain ialah gear undur dan penutup penapis minyak boleh kunci.

6. Untuk tampil berbeza, BMW Motorrad menyediakan aksesori tambahan bermula pelana, bar hendal, pelindung injap, plat enjin, barisan kotak simpanan barangan dan lain-lain lagi.

7. Dengan Pelan Pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, BMW R 18 First Edition baharu ini  dapat dimiliki dengan bayaran ansuran RM2,525 sebulan. Ia berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun.

BACA >>> Hasil Garapan Mr Martini, Legenda Kawasaki 70-an Jadi Inspirasi Vulcan 70

GALERI
BMW R 18_4
BMW R 18_2
BMW R 18_3
BMW R 18_6
BMW R 18_7
BMW R 18_5
BMW R 18_9
BMW R 18_12
BMW R 18_1
BMW R 18_8
BMW R 18_10
BMW R 18_11
BMW R 18_13
BMW R 18_14
BMW R 18_15
BMW R 18_16
BMW R 18_17
BMW R 18_18
BMW R 18_19
BMW R 18_20

Artikel Berkaitan

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, BMW R 18, Kruiser, motosikal kruiser, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
    Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my