Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius
Bikin Auto

#BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN rekabentuk luaran tidaklah terlalu mengancam, tetapi Toyota Prius tersenarai antara model hibrid paling laris dunia.

Menyedari kelemahan sentuhan rekabentuk itu, tuner dari Jepun, Albermo memperkenalkan pakej naik taraf kit badan lengkap kepada pemilik Prius yang mahu menukar kereta hibrid itu kepada gaya supercar Ferrari FF. Dinamakan SP42, pakej naik taraf tersebut berharga hampir 186,000 yen (RM7,530), terdiri daripada beberapa kit badan yang dikustomkan untuk mengubah suai penampulan depan dan belakang Prius.

Bahagian depan dikatakan 90 peratus mirip Ferrari FF menerusi pemasangan gril hitam, lampu kabus dan bampar depan tanpa cat. Harga pek depan bernilai 108,000 yen (RM4,380).

BACA >>> #BikinKereta: Toyota RAV4 XR51 Edition Ala Lamborghini Urus

Dari belakang, Albermo menawarkan komponen difuser besar yang menjadikan Prius nampak lebih menonjol dengan set lampu belakang kekal standard. Kelihatan juga dekal tiga warna yang mewakili bendera Itali dan logo petak berwarna kuning. Harga pek naik taraf ini cuma 78,000 yen (RM3,160).

Tetapi pelik benar pula rupa belakang Prius tersebut. Apa kata anda? ๐Ÿ˜…

Ferrari FF diperkenalkan pada Pameran Motor Geneva (GMS) 2011 sebagai pengganti kepada 612 Scaglietti. FF bermaksud Ferrari Four, iaitu empat kerusi.

Model ini menggunkan sistem pacuan empat roda (AWD) dan dipacu enjin aspirasi natural (NA) 6.3L V12 berkuasa 660hp @ 8,000rpm dan tork 683Nm @ 6,000 rpm, manakala kelajuan maksimum 335kmj. Prius pula dijana enjin 4-silinder 1.8L yang dipadankan motor elektrik berserta sistem pacuan semua roda e-Drive.

BACA >>> Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK
BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

GALERI

SUMBER: Zingnews.vn | Caesar

Bikin Kereta Bodykit Ferrari Ferrari FF Kit Badan Modifikasi Toyota Toyota Prius Tukar Bodykit
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.