Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: ‘Supercar Malaysia’ dengan Ekstra Kuasa Turbo
Bikin Auto

#BikinKereta: ‘Supercar Malaysia’ dengan Ekstra Kuasa Turbo

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU namanya mat bikin, memang tidak sesekali dia akan biarkan keretanya nampak standard kilang. Ruangan Bikin Kereta kali ini menampilkan modifikasi sebuah kereta nasional, khas untuk peminat Kei car.

Kerap digelar sebagai supercar Malaysia, model Perodua Myvi ini mengalami perubahan penuh pada bahagian trenkuasa menerusi padanan enjin YRV 1.3 turbo TD04L untuk menghasilkan ledakan kuasa berganda. Turut dipasangkan beberapa kelengkapan lain seperti unit blow-off HKS SQV, wastegate Tial 38mm dan pam minyak Walbro.

Selain itu, intake kustom digunakan bagi melancarkan hantaran keluar gas karbon dari kebuk enjin ke paip ekzos berukuran 2-inci yang disambung terus dengan mufler D-Sport. Kuasa yang terhasil itu disalurkan menerusi transmisi manual TRD Sport M dengan klac D-Sport dan bantuan unit kawalan elektronik (ECU) Link G4 + Atom.

Keselesaan pengendalian diserahkan kepada set suspensi boleh laras Tein yang dipasangkan bersama pillow ball Cusco. Kekuatan casis badan jentera dimantapkan dengan bar trunk, bar strut, saka 5-beradik dan bar room D-Sport. Sistem brek depan jentera dinaik taraf menggunakan set brek Grippen Chrome.

BACA >>> Ajerul Tunjuk Contoh Kenapa Perodua Patut Keluarkan Myvi (2018) Prestasi Tinggi

KABIN DIPENUHI GAJET & AKSESORI

Ruang kabin dihiasikan denan pelbagai aksesori dan gajet bagi membantu melancarkan pemanduan, terdiri daripada deretan meter Defi 4-beradik, meter Apexi RSM Imamura, unit pemasaan turbo Apexi, meter RPM dan VSD Defi. Ada juga aksesori wajib model kompak seperti cermin pandang belakang Tiffana Wallnut, Ion Passo dan panel Modellista gentian karbon.

Sosok badan pemandu disokong kerusi semi-buket Recaro, siap dengan harness Takata. Kelihatan stereng Sparco dan tombol gear TRD, manakala akseori hiburan dilengkapi pemain audio dan subwufer Carrozzeria.

BACA >>> Perodua Myvi – Nampak Biasa Tapi Berbisa!

Identiti asal Myvi ini berubah menjadi Passo Racy. Melengkapkan penampilan itu ialah bonet depan, pintu penumpang dan panel bampar disalut material gentian karbon Kevlar. Kereta bikin ini turut dipakaikan cermin sisi Ganador, eyelip Sirion, pemijak bampar Passo serta skup depan X4.

Myvi biru ini kemudian dipadankan rim Racing Hart CP 035 bersaiz 15 inci yang dibaluti tayar Yokohama Advan Neova AD08R supaya tampil lebih garang di jalanan.

BACA >>> #BikinKereta: Honda Jazz GD Blue Bee Abang Memang Rare!

SPESIFIKASI

PERODUA MYVI

MODIFIKASI ENJIN: Turbo TD04L, pam minyak Walbro, blow-off HKS SQV, regulator minyak AVS, intake kustom, wastegate Tial 38mm, paip ekzos  2-inci, muffler D-Sport
TRANSMISI: Manual TRD Sport M 08, klac D-Sport
SUSPENSI & CASIS: Tein boleh laras + pillow ball Cusco, bar trunk D-Sport, bar strut D-Sport, bar room D-Sport, Saka D-Sport 5-beradik
SISTEM BREK: Grippen Chrome
DALAMAN: Cermin pandang belakang Tiffana Wallnut, panel Modellista CF, Ion Passo, stereng Sparco, tombol gear TRD, Defi meter 4-beradik (suhu minyak, air, turbo, tekanan minyak), Defi RPM, Defi VSD, Apexi RSM Imamura, turbo timer Apexi, pemain radio Carrozzeria + subwoofer
LUARAN: Bahagian badanPasso Racy, hud & bonet belakang Kevlar, panel bampar Kevlar, pintu belakang Kevlar,  GT Wing Cusco, cermin sisi Ganador, bampar passo, eyelip Sirion. Scoop X4, cangkuk tunda Tora-Tora, wiper PIAA CF
RODA & TAYAR: Racing Hart CP 035 15-inci Gold offset 35/7jj dan tayar Yokohama Advan Neova AD08R

Teks: Piston Bobos
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
2018 perodua myvi Malaysia Bikin Kereta hatchback hatchback 5-pintu kustom Modi Modifikasi passo Perodua perodua myvi baru Toyota Passo
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.