Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ajerul Tunjuk Contoh Kenapa Perodua Patut Keluarkan Myvi (2018) Prestasi Tinggi
Autotainment

Ajerul Tunjuk Contoh Kenapa Perodua Patut Keluarkan Myvi (2018) Prestasi Tinggi

Han OthmanBy Han Othman30/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RASANYA tidak perlu kami perkenalkan lagi siapa Ajerul Antoine, antara anak muda tempatan yang mahir dalam kerja-kerja manipulasi foto dan grafik. Model-model kereta, terutama jenama tempatan kerap menjadi bahan eksperimen Ajerul yang lebih mesra dipanggil Pok Su itu.

Kali ini Ajerul meluangkan masa mengubah suai Perodua Myvi (2018). Sebenarnya sebelum ini dia sudah pun mengubah suai hatchback itu secara grafik dengan mengacukkanya bersama model Toyota Corolla iM.

Tetapi paling terkini, Ajerul cuba mengekalkan profil asal Myvi (2018) dengan menampilkan tambahan gerbang roda dan tayar slik ala jentera drag. Lencana Myvi di pintu but pula dimerahkan, dan kita sedia maklum sebagai warna khas yang sinonim dengan jentera berprestasi tinggi.

Deretan rivet dapat dilihat melatari sekeliling gerbang roda, termasuk sepanjang skirt sisi. Tidak dilupakan juga ekzos berkembar di sudut kiri dan penampilan spoiler yang sedikit didongakkan. Hasilnya adalah penampilan Myvi yang serba ekstrem berbanding biasa. Tetapi, setakat ini Ajerul cuma sempat belanja kita semua rupa belakang saja.

Mungkinkah ini contoh kepada Perodua supaya suatu masa nanti berkenan untuk menghasilkan Myvi versi prestasi tinggi? Cadangan harga mungkin sekitar RM70,000-RM80,000 dengan diberikan suntikan enjin pengecas turbo, suspensi sport, kerusi semi bucket, rim 17-inci, ekzos kembar, stereo premium dan profil stanced. Perghhh.. meleleh beb!

Jom kita layan dulu hasil kerja Ajerul. Amacam?

Ajerul Antoine manipulasi grafik Perodua Perodua Myvi (2018) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

06/05/2026
Roda4

Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

06/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

06/05/2026
Roda4

BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

05/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.