Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Proton Satria Taxi Red yang Merah Menyengat
Bikin Auto

#BikinKereta: Proton Satria Taxi Red yang Merah Menyengat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASALNYA pasaran kereta hatchback 3-pintu tempatan dikuasai model Civic seperti EG dan EK.  Kemudian, barulah Proton tampil memperkenalkan Satria pada 1994 pada harga cukup kompetitif. Strategi itu nampaknya berjaya menarik minat golongan muda untuk memiliki kereta sporty berharga mampu milik.

BACA >>> #BikinKereta: Proton Satria GTi dengan Nadi Mivec 1.8, Berkuasa 205hp

Lama selepas itu, malah sampai sekarang, Satria mula memenuhi jalan raya dengan mengekalkan reputasi cemerlang dalam pelbagai jenis sukan permotoran. Jentera itu juga masih digilai dan menjadi antara ‘barang panas’ di kalangan kaki bikin kereta. Artikel Bikin Kereta kali ini menampilkan model Satria milik Kapai.

ENJIN 4G93

Nadi enjin 4G93 menjadi bahan uji kaji pemilik. Bahagian kepala silinder dan blok enjin diubah suai bagi mendapatkan kuasa puncak maksimum. Segalanya dilakukan mengikut perkiraan supaya lebih selamat. Tidak ketinggalan pemilihan paip intake gentian karbon BSR turut boleh dilihat pada bahagian enjin.

Hantaran bahan api dari tangki utama disalurkan melalui pam 255lph terus ke pelaras milik MFR dan dibantu hos Earls. Kemudian gas karbon yang terhasil dihantar keluar melalui unit ekstraktor Cusco 4-2-1 dan seterusnya ke peredam bunyi HKS Windmaster.

BACA >>> Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan

Kuasa buas itu digabungkan dengan kotak gear 5-kelajuan bersama final drive 4.3 dan klac OS Giken Super Single. Bagaimanapun bahagian ECU asal tidak disentuh. Untuk pengendalian stabil, pemilik memasang sistem penyerap hentak APM Motorsport di depan dan 6K (belakang) serta tidak lupa pillow ball Tein.

Bagi mengukuhkan daya olengan, model hatchback itu dilengkapi bar antirol Ultra Racing dan bar strut Cusco di  depan. Keyakinan membrek lebih cekap diserahkan kepada sistem brek Satria GTi dan dipadankan pad brek Ferodo.

SALINAN LUARAN GTI

Seluruh bahagian luaran dan dalaman jentera mendapat salinan lengkap Satria GTi. Bahagian papan pemuka terhidang meter Defi Race yang memaparkan tekanan minyak dan suhu air serta indikator anjakan aka ‘shift light’ Pivot. Stereng Sparco dipasang untuk prestasi pengendalian menyeronokkan.

BACA >>> 150 Pemilik Proton Satria R3 Diburu!

Bahagian luar menggunakan kit badan GTi yang dipasangkan pada lip depan R3 dan disembur cat merah Taxi Red dengan lapisan 2K. Penampilan tampak lebih hebat  menerusi padanan rim Works RSZ Gamma 15 inci dan tayar GT Radial SX2 di depan.

Fastwork Garage ialah bengkel yang banyak menghasilkan jentera prestasi dan ubah suai di Malaysia atau Singapura dengan hasil kerja yang tidak pernah mengecewakan!

SPESIFIKASI

PROTON SATRIA

MODIFIKASI ENJIN: Enjin 4G93, FWG spec head works, FWG spec lower block works, palam pencucuh NGK racing, paip intake B.S.R, penapis udara Airinx, regulator minyak MFR dan pam minyak 255lph, hos minyak Earls, ekstraktor Cusco 4-2-1, mufler HKS Windmaster
TRANSMISI: 5-kelajuan fd 4.3, klac OS Giken Super Single
SUSPENSI & CASIS: APM motorsport 8k(d) 6K(b), pillow ball Tein, bar antirol Ultra Racing, bar strut Cusco
SISTEM BREK: GTi dengan pad brek Ferodo
DALAMAN: Satria GTi kecuali meter dan karpet, Defi Race Red (tekanan minyak dan suhu air), pivot shift light, stereng Sparco
LUARAN: Satria GTi, lip depan R3, warna 2k Taxi Red
RODA & TAYAR: Works RSZ Gamma 2pcs tayar GT Radial SX2 195/55/15

Teks: Abang Grab
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI

 

Bikin Kereta Modifikasi modifikasi proton satria Proton proton satria Proton Satria R3
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

    04/03/2026
    Ducati Factory Made
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Factory Made – Program Kustom Terus dari Kilang!

    04/03/2026
    Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
    Bikin Auto

    #BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

    14/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.