Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Peugeot 3008 Edisi Serba Lasak, Mampu Redah Sungai, Bukit dan Hutan
Bikin Auto

#BikinKereta: Peugeot 3008 Edisi Serba Lasak, Mampu Redah Sungai, Bukit dan Hutan

Abang HirataBy Abang Hirata13/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEUGEOT memang ada menawarkan model menarik di pasaran tempatan. Pada suatu masa, pengeluar Perancis ini cukup popular dengan model 206, disusuli 308 dan kemudian 208. Terbaharu, muncul pula kenderaan utiliti sukan (SUV) anggun bergaya, 3008.

3008 bukan calang-calang SUV kerana pernah dinobatkan sebagai Kereta Terbaik 2018 dalam Anugerah Kereta Terbaik Tahunan (COTY) Malaysia.

SUV ini hadir sebagai alternatif kepada pembeli yang mahukan sesuatu yang di luar arus perdana seperti Proton X70 atau Honda CR-V yang banyak mendominasi jalan raya negara ini. 3008 boleh dianggap sebagai sensasi sebenar kereta Eropah,  dan lebih menarik, ia ditawarkan pada harga kompetitif.

Bercerita tentang SUV masa kini, adakah kenderaan segmen itu mampu digunakan untuk memandu off-road? Mampukah ia meredah hutan seperti jip atau kereta pacuan empat roda (4×4) seperti era lalu?

Ya, memang sangat jarang kedengaran kerana kebanyakan SUV hari ini dibina sebagai kenderaan gaya hidup untuk memenuhi cita rasa pelanggan aktif atau kalangan pembeli yang mahukan kenderaan profil tinggi atas jalan.

BACA >>> Lepas Pandu Uji Peugeot 3008, Inilah Pandangan Kami! Mampukah Cabar Proton X70?

PROJEK KHAS USAHA PEUGEOT

3008 edisi off-road ini ialah projek one-off untuk menunjukkan kemampuan sebenar SUV itu yang mungkin tidak pernah difikirkan umum atau pemiliknya. Menariknya, ia dibikin Peugeot sendiri untuk dijadikan SUV lasak yang mampu meredah laluan berlumpur, tidak berturap, jeram, bukit dan hutan. Ia juga projek majalah Top Gear untuk meneroka laluan di utara Ho Chi Minh, Vietnam.

3008 yang digunakan ialah varian 1.6L PureTech GT Line yang diubah suai untuk menangani pelbagai cabaran rupa bumi sepanjang laluan ke sana. SUV ini dipasangkan tayar off-road Grippy Cooper AT3 dengan rim besi 17 inci, manakala bahagian depan dipasangkan plat skid untuk melindungi bahagian bawah enjim.

Bagi muatan, rak aluminium Rival dipasangkan atas bumbung, lengkap dengan lampu LED untuk pencahayaan tambahan. Uniknya, pemandu dan penumpang boleh beristirahat atas bumbung dengan khemah boleh buka ARB Simpson. Cukup praktikal!

Bahagian luar dihiasi grafik khas, manakala belakang but tersedia rak khas untuk menggantung basikal sebagai pengangkutan tambahan apabila tiba di destinasi kelak.

Projek ini cukup menarik. Sebenarnya ia membawa kita mengimbau semula asal-usul sebenar SUV, iaitu sebagai jip dan 4×4 pelbagai guna serba lasak yang boleh dipandu ke mana-mana sahaja sama ada meredah rimba konkrit atau rimba belantara.

BACA >>> Peugeot 508 Baharu Sah Masuk Malaysia Tahun Ini – Rekaan Memang Awesome!

GALERI
Bikin Kereta Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) off-road Peugeot Peugeot 3008 Roda4 Segmen C SUV SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. PeminatOverland on 15/08/2019 15:34

      gambar jerrr? xda video ka?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.