Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6×6 (2023) – Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!
Roda4

#BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6×6 (2023) – Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!

Abang HirataBy Abang Hirata23/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRAK pikap raksasa di atas bukan Hennessey VelociRaptor 6×6 seperti yang kami siar pada 2022 lalu. Perhatikan ejaan, VelociRaptoR ini ialah Ford F-150 Raptor R generasi ketiga yang diubah suai kepada model 6×6.

Menggunakan F-150 Raptor R sebagai asas juga bermakna projek terbaharu Hennessey ini dipacu enjin 5.2L V8 supercas.

Menariknya, Hennessey membiarkan enjin itu dalam kondisi standard yang menghasilkan 700hp @ 6,650rpm dan tork 867Nm @ 4,250rpm. Kuasa itu dikatakan memadai untuk VelociRaptoR 6×6 (2023) ini dipandu atas jalan dan meredah off-road.

Ini berbeza projek VelociRaptoR 1000 (2023) yang diubah suai daripada Raptor R dengan menaik taraf komponen enjin trak pikap itu kepada kuasa melonjak hampir 1,000hp!

VelociRaptoR 6×6 (2023) diubah suai dengan memasang ruang kargo belakang yang dipanjangkan daripada 5.5 kaki kepada 8 kaki, dan gandar kedua beroperasi penuh. Walaupun enjin kekal standard, daya traksi meningkat lebih 50 peratus.

Trak pikap ini dipasang suspensi Fox Live Valve, dan kit pengarasan suspensi depan yang secara keseluruhan dinaikkan 3 inci. Bahagian roda dipasangkan rim Hennessy 20 inci dan padanan tayar off-road 37 inci. Di sebalik set rim dan tayar ialah brek prestasi Brembo.

Secara keseluruhan, raksasa tersebut mempunyai ukuran panjang hampir 27 kaki, tinggi 7 kaki dan lebar 7 kaki, manakala berat tanpa muatan (kerb) dianggarkan 2,948kg.

Satu lagi pakej dipasangkan ialah bampar depan dan belakang, lampu LED dan logo khas Hennessey VelociRaptoR selain nombor siri dalam kabin dan ruang enjin.

Mengenai harga, VelociRaptoR 6×6 (2023) pasti tidak murah apabila ditawarkan bermula AS$499,999 (RM2,228,510), termasuk sebuah trak pikap Ford F-150 Raptor R.

Harga itu termasuk waranti tiga tahun atau jarak pemanduan 36,000 batu (~60,000km), dan turut ditawarkan kepada pelanggan global.

BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6×6, Harga Lebih RM1.8 Juta!
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) – Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!
BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!

 

Bikin Kereta Ford Ranger Raptor R Hennessey Hennessey VelociRaptor Hennessey VelociRaptor 6x6 Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.