Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?
Auto Terkini

Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RINDU. Itulah perasaan jutaan rakyat Malaysia pada ketika ini yang masih menunggu kebenaran untuk balik kampung dan bertemu ahli keluarga khususnya ibu bapa.

Halangan melepaskan rindu ini berpunca akibat pandemik Covid-19 yang memaksa Kerajaan mengenakan perintah berkurung sepenuhnya (total lockdown) untuk melindungi nyawa orang ramai dan sistem kesihatan yang hampir lumpuh.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membentangkan strategi baru dipanggil Pelan Pemulihan Negara untuk menyelamatkan negara daripada lumpuh akibat pandemik Covid-19.

APAKAH PELAN PEMULIHAN NEGARA?

  • Iaitu strategi memulihkan negara untuk memberikan kelegaan kepada rakyat dan ekonomi melalui EMPAT FASA.
  • Melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berperingkat.
  • Setiap fasa ditentukan daripada data terkumpul berdasarkan TIGA INDIKATOR (petunjuk) utama yang menentukan keputusan Kerajaan beralih ke fasa seterusnya.

APAKAH 3 INDIKATOR UTAMA?

Petunjuk yang menjadi kayu ukur perubahan fasa membabitkan situasi jangkitan Covid-19, vaksinasi dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu:

  • INDIKATOR PERTAMA: Situasi penularan Covid-19 mengikut bilangan kes jangkitan harian.
  • INDIKATOR KEDUA: Kemampuan sistem kesihatan awam mengikut kadar atau jumlah penggunaan katil di ICU.
  • INDIKATOR KETIGA: Jumlah penduduk dilindungi mengikut peratusan selesai dua dos suntikan vaksin.
FASA 1 KEPADA FASA 2

Sekarang kita masih berada dalam Fasa 1. Keputusan ke Fasa 2 dibuat selepas mengambil kira situasi di bawah:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes.
  • Sistem kesihatan awam tidak kritikal, termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana.
  • 10 peratus penduduk sudah dapat dua dos suntikan vaksin.
Apa yang Boleh Fasa 2?
  • Fasa 2 ialah sambungan Fasa 1 dan kawalan aktiviti pergerakan masih dikawal ketat.
  • Aktiviti ekonomi akan dibuka berperingkat dengan kapasiti pekerja hingga 80 peratus di premis (tempat kerja).
  • Senarai positif masih diguna pakai. Hanya sektor tersenarai dibenarkan beroperasi. Kekal tutup jika tiada dalam senarai.
  • Senarai positif Fasa 1 akan ditambah pada Fasa 2 dan melibatkan beberapa sektor lain (diumumkan kemudian).
  • Aktiviti sosial dan rentas negeri TIDAK DIBENARKAN.
FASA 2 KEPADA FASA 3

Kerajaan akan beralih kepada Fasa 3 jika mencapai nilai ambang (threshold) berikut:

  • Purata kes harian Covid-19 turun bawah 2,000 kes.
  • Sistem kesihatan awam berada pada tahap selesa dan penurunan kadar penggunaan katil ICU ke paras mencukupi.
  • 40 peratus penduduk menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Dijangka dicapai akhir Ogos 2021 (paling awal).
Apa yang Boleh Fasa 3?
  • Semua sektor ekonomi dibenarkan operasi kecuali aktiviti tersenarai dalam senarai negatif.
  • Senarai negatif termasuk keadaan berisiko tinggi berlaku jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian.
  • Sektor ekonomi dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa 2.
  • Aktiviti sosial seperti pendidikan dan sukan tertentu akan dibuka berperingkat.
  • Parlimen bersidang antara September atau Oktober, dengan SOP ketat.
FASA 3 KEPADA FASA 4

Penentu peralihan kepada fasa terakhir adalah seperti berikut:

  • Purata kes harian Covid-19 turun ke paras bawah 500 kes.
  • Sistem kesihatan awam berada paras selamat dan kadar penggunaan katil ICU mencukupi.
  • 60 peratus penduduk selesai terima dua dos suntikan vaksin.
  • Peralihan ini dijangka dicapai akhir Oktober 2021 (paling awal).

FASA 4 BOLEH BALIK KAMPUNG?

Ini fasa terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara yang menjadi detik paling ditunggu semua penduduk Malaysia. Dalam fasa ini:

  • Semua sektor ekonomi dibuka.
  • Lebih banyak aktiviti sosial dibenarkan.
  • BOLEH RENTAS NEGERI .
  • BOLEH MELANCONG dalam negara dengan SOP ketat.

Penentu Fasa 4 memerlukan jumlah kes Covid-19 rendah, sistem kesihatan awam kembali ke tahap selamat, dan program vaksinasi mencapai tahap imuniti berkelompok (mungkin akhir tahun ini).

KESIMPULAN

Semua rancangan sudah digariskan untuk membolehkan kita semua menikmati semula kehidupan normal seperti sedia kala mengikut norma baharu. Apapun, penentu ialah kita. Jika mahu balik kampung, kita semua perlu memainkan peranan masing-masing.

Kalau masih berdegil, bersedialah untuk kita terus ‘terkurung’.

SUMBER: SinarPlus

Auto Terkini Bila boleh balik kampung Cuti-Cuti Malaysia Muhyiddin Yassin Pelan Pemulihan Negra Tan Sri Muhyiddin Yassin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.