Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berlagak Guna Siren Polis Elak Kesesakan, Pemilik Proton Gen 2 Ditahan Polis
Auto Terkini

Berlagak Guna Siren Polis Elak Kesesakan, Pemilik Proton Gen 2 Ditahan Polis

Abang GYLBy Abang GYL08/06/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GUNA siren bagi elak kesesakan lalu lintas, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis selepas videonya tular di media sosial.

Video berdurasi 20 saat itu dirakam menyaksikan sebuah Proton Gen 2 menggunakan siren polis semasa meredah kesesakan jalan raya di Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pihaknya membuat risikan menjejaki lelaki berkenaan selepas menerima aduan awam.

Menurutnya, hasil penggunaan siren itu berjaya memperdaya pengguna jalan raya lain yang menyangka ia adalah kereta peronda polis semasa kesesakan di sekitar Parit Raja.

“ Kami berjaya menahan seorang lelaki dan turut merampas kenderaan Proton Gen 2 yang digunakan suspek.

“ Hasil pemeriksaan polis berjaya menemui set siren yang dipasang dalam kereta dan kes itu disiasat bawah kesalah menghalang lalu lintas dan menyamar penjawat awam atas Seksyen 21 Akta Polis 1967 serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“ Jika sabit kesalahan bagi halangan lalu lintas, suspek boleh didenda sebanyak RM200 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“ Manakala bagi kesalahan menyamar penjawat awam, hukuman boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Buat pembaca PanduLaju, kami nasihat supaya mengikut peraturan jalan raya. Jangan langsi ketika berada atas jalan raya. Saling bertolak ansur. Paling penting, Tekan Pedal & Jangan Stres!

BACA >>> Abang Botak Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Tahun

BACA >>> Hentak Cermin Guna Parang, 2 Lelaki Diburu Polis Johor

proton gen 2 siren polis siren polis
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026

    4 Comments

    1. Ritz on 08/06/2019 12:52

      Maaf sekiranya kata2 saya menyinggung atau menimbulkan salah faham.. tapi diatas apa yang saya kaji.. memandu di Kuala Lumpur wlaupun traffic jammed teruk tapi tak sakit hati keterlaluan seperti memandu di jalan area johor.
      Cth simpang Y, tiada istilah “scissor” sekiranya memandu di johor. Kereta di laluan utama akan cucuk rapat kereta depannya supaya kereta dari simpang lain yg ingin masuk ke laluan utama tak mencelah. “Bunyi Horn” isyaratnya “Woi” tak semua org boleh terima dgn teguran macam tu. Seperti video ni menampakkan lagi “pentingkan diri sendiri” adalah sikap pemanduan di johor, tak caya? Siapa yg dah bekerja di kl lebih 5tahun cuba pindah ke mana2 kawasan johor pasti akan faham.

      Reply
      • ahmad on 16/06/2019 00:36

        sangat setuju. saya pernah memandu di batu pahat (kalau di jb tak tahulah macam mana). ketika di lampu isyarat saya tersilap berada di lorong kiri (maklumlah x familiar). saya dihon berkali kali tanpa henti walaupun lampu isyarat masih merah dan arah kanan adalah hijau (memang boleh jalan kalau kereta tiada dari sebelah kanan). kalau di kl paling tidak pun kereta belakang akan beri isyarat ke kiri dan makin mendekat (kebiasaan). kalau diturutkan darah muda memang bermalam di lokap lah jawabnya

        Reply
    2. STi on 09/06/2019 12:13

      Setuju Ritz

      Satu lagi habit di sana adalah memotong di sebelah kiri & tukar lorong tanpa memberi signal. Konsep “beri laluan” seolah2 tiada. Saya pernah memberi laluan kepada kenderaan yang hendak belok ke kanan tapi saya telah dihon berkali2 oleh kereta2 di belakang.

      Saya merupakan pemandu harian menempuh jammed di KL sejak 20 tahun lalu

      Reply
    3. gamprial on 11/06/2019 12:55

      mmg benar ka Johor style mcm tu?? ini bikin gua takut mau dtg johore..bukan saja lanun di laut, malah lanun di darat. Jubro juborlani

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.