Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berita Baik!!! Modenas Rancang Bawa Masuk Warna Kuning untuk Pulsar RS200 & NS200
Auto Terkini

Berita Baik!!! Modenas Rancang Bawa Masuk Warna Kuning untuk Pulsar RS200 & NS200

Abang GYLBy Abang GYL03/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEMASA trip ke kilang Bajaj Auto Ltd (BAL) di Pune, India minggu lalu, kami sempat bertanya kepada pihak Modenas, apakah warna baharu selain biru dan hitam untuk model Pulsar RS dan NS akan diperkenalkan?

Jawapan diberikan, “Ya, kami memang merancang mahu menawarkan lebih banyak pilihan warna seperti kuning ke pasaran Malaysia.” Bagaimanapun, tiada tarikh diberikan.

Ini bermakna, Modenas ada rancangan mahu membawa masuk warna baharu sebagai pilihan kepada peminat di Malaysia. Ini bermakna, kita akan dapat melihat Modenas Pulsar RS200 dan NS200 dalam warna kuning. Pastinya Modenas Pulsar RS200 dan NS200 akan tampak lebih garang dengan warna baharu itu.

Modenas V15 dijual pada harga RM5,989, manakala Modenas Pulsar NS200 dan RS200 masing-masing dijual pada harga RM9,222 dan RM11,342.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

HARGA

  • Modenas V15 – RM5,989
  • Modenas Pulsar NS200 – RM9,222
  • Modenas Pulsar RS200 – RM11,342

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans

Bajaj Pulsar NS200MODENAS PULSAR NS200 & RS200

Model naked streetbike (Pulsar NS200) dan racebike (Pulsar RS200) masing-masing menggunakan enjin sama, iaitu SOHC, penyejukan cecair bersesaran 199cc. Namun, hamburan kuasa kedua-dua model berbeza, tetapi sama dari segi tork.

Modenas Pulsar NS200 mampu menghasilkan kuasa 23.5ps pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm (8,000rpm). Modenas Pulsar RS200 pula menghamburkan kuasa 24.5ps pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm. Kedua-dua model ini menggunakan kotak gear 6-kelajuan.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200 Asyraf Masran Bikin Panas Lagi – Kini Tampil Rekaan Petronas AMG

MODENAS V15

Berbeza pula Modenas V15. Motosikal cafe racer itu dipadankan enjin bersesaran 150cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 12ps pada 7,500rpm bersama tork 13Nm (5,500rpm). Melihat harga ditawarkan, kami yakin model itu bakal mencetus fenomena yang luar biasa. Lihat saja tempahan luar biasa yang cukup membuktikan Modenas kini kembali bangkit.

Paling penting, kami harap Modenas akan kekal komited dalam memastikan perkhidmatan selepas jualan berada dalam keadaan terbaik.

BACA >>> Modenas Dominar 400 Sah Masuk Malaysia Tahun Hadapan – Kelajuan Maksimum 152kmj!

harga modenas pulsar ns200 harga modenas pulsar rs200 harga modenas v15 modenas pulsar ns200 kuning modenas pulsar rs200 kuning
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Abdullah Hussin on 16/01/2018 16:57

      some shopper selling around more rm13k why it happen and please advise for exactly correct price at shps

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.