• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berita Baik!!! Modenas Rancang Bawa Masuk Warna Kuning untuk Pulsar RS200 & NS200

Berita Baik!!! Modenas Rancang Bawa Masuk Warna Kuning untuk Pulsar RS200 & NS200

October 3, 2017 By Abang GYL 5 Comments

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMASA trip ke kilang Bajaj Auto Ltd (BAL) di Pune, India minggu lalu, kami sempat bertanya kepada pihak Modenas, apakah warna baharu selain biru dan hitam untuk model Pulsar RS dan NS akan diperkenalkan?

Jawapan diberikan, "Ya, kami memang merancang mahu menawarkan lebih banyak pilihan warna seperti kuning ke pasaran Malaysia." Bagaimanapun, tiada tarikh diberikan.

Ini bermakna, Modenas ada rancangan mahu membawa masuk warna baharu sebagai pilihan kepada peminat di Malaysia. Ini bermakna, kita akan dapat melihat Modenas Pulsar RS200 dan NS200 dalam warna kuning. Pastinya Modenas Pulsar RS200 dan NS200 akan tampak lebih garang dengan warna baharu itu.

Modenas V15 dijual pada harga RM5,989, manakala Modenas Pulsar NS200 dan RS200 masing-masing dijual pada harga RM9,222 dan RM11,342.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

Modenas Pulsar RS200 Kuning_PanduLaju (3)
Modenas Pulsar RS200 Kuning_PanduLaju (2)
Modenas Pulsar RS200 Kuning_PanduLaju (1)

HARGA

  • Modenas V15 - RM5,989
  • Modenas Pulsar NS200 - RM9,222
  • Modenas Pulsar RS200 - RM11,342

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans

Bajaj Pulsar NS200MODENAS PULSAR NS200 & RS200

Model naked streetbike (Pulsar NS200) dan racebike (Pulsar RS200) masing-masing menggunakan enjin sama, iaitu SOHC, penyejukan cecair bersesaran 199cc. Namun, hamburan kuasa kedua-dua model berbeza, tetapi sama dari segi tork.

Modenas Pulsar NS200 mampu menghasilkan kuasa 23.5ps pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm (8,000rpm). Modenas Pulsar RS200 pula menghamburkan kuasa 24.5ps pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm. Kedua-dua model ini menggunakan kotak gear 6-kelajuan.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200 Asyraf Masran Bikin Panas Lagi - Kini Tampil Rekaan Petronas AMG

MODENAS V15

Berbeza pula Modenas V15. Motosikal cafe racer itu dipadankan enjin bersesaran 150cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 12ps pada 7,500rpm bersama tork 13Nm (5,500rpm). Melihat harga ditawarkan, kami yakin model itu bakal mencetus fenomena yang luar biasa. Lihat saja tempahan luar biasa yang cukup membuktikan Modenas kini kembali bangkit.

Paling penting, kami harap Modenas akan kekal komited dalam memastikan perkhidmatan selepas jualan berada dalam keadaan terbaik.

BACA >>> Modenas Dominar 400 Sah Masuk Malaysia Tahun Hadapan - Kelajuan Maksimum 152kmj!

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga modenas pulsar ns200, harga modenas pulsar rs200, harga modenas v15, modenas pulsar ns200 kuning, modenas pulsar rs200 kuning

Comments

  1. Abdullah Hussin says

    January 16, 2018 at 4:57 PM

    some shopper selling around more rm13k why it happen and please advise for exactly correct price at shps

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my