Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Range Rover Sport (2014)
Auto Terkini

BERITA AUTO: Range Rover Sport (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/06/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1200509JAGUAR Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia secara rasminya melancarkan model Range Rover Sport serba baharu.

Diperkenalkan sebagai Land Rover paling pantas, tangkas dan responsif, ia ditawarkan dalam tiga varian untuk pasaran Malaysia; 5.0L V8 Petrol Supercharged, 3.0L V6 Supercharged serta 3.0L SDV6 Diesel – dengan tahap kelengkapan berbeza.

Range Rover Sport baharu ini dibina berlandaskan casis model Range Rover utama dengan menampilkan landasan monokok aluminium ringan serta canggih. Secara tidak langsung, ia mampu menghasilkan pemanduan yang luar biasa walau apa jua laluan dan permukaan yang tiada tandingan.

RR SPORT VS SPITFIREChile_V8Supercharged_015   Chile_V8Supercharged_019   FujiWhite_SDV6_166   LR_Range_Rover_Sport_Dynamic_14new

Direka dan dibina di pusat pembangunan Land Rover di UK, Range Rover Sport baharu dikeluarkan di kemudahan pengilangan tenaga rendah terkini di Solihull, United Kingdom dan dijual di 169 pasaran di seluruh dunia. Sejak dilancarkan pada 2005, model ini sudah mencatatkan jualan global melebihi 380,000 unit.

Dengan sudut skrin depan ‘lebih laju’, profil bergaris arus dan garis bumbung yang melandai, Range Rover Sport baru adalah lapan peratus lebih aerodinamik daripada model sebelumnya dan mencapai angka seretan Cd 0.34.

Melihat pada rekabentuk, Range Rover Sport terbaharu adalah 62mm lebih panjang berbanding model terdahulu. Dasar roda juga meningkat sebanyak 178mm untuk memberikan ruang lebih luas bagi penumpang belakang. Range Rover Sport juga penuh sarat dengan teknologi pintar untuk memastikan pemandu menikmati pengalaman memandu yang santai.

Harga yang ditawarkan bermula RM859,888 untuk model 3.0L SDV6 Diesel, RM939,888 (3.0L V6 Supercharged) dan RM998,888 bagi varian 5.0L V8 Petrol Supercharged. Kesemua varian hadir bersama jaminan lima tahun beserta perkhidmatan percuma selama lima tahun.

FujiWhite_SDV6_045Chile_V8Supercharged_022   Chile_V8Supercharged_130

Pengarah urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali berkata, pengenalan model terbaharu ini melengkapkan portfolio kenderaan Range Rover bagi pasaran tempatan.

“ Range Rover Sport baru memartabatkan kedudukan yang unik dalam segmennya. Ia menjadi asas kepada portfolio premium tiga model baru antara model utama Range Rover dan juga Range Rover Evoque yang paling laris,” katanya.

3.0L SDV6 Diesel 3.0L V6 Supercharged 5.0L V8 Petrol Supercharged Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd Pengarah urusan Jaguar Land Rover Malaysia Range Rover Evoque Range Rover Sport Syed Mudzhar Syed Ali
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.