Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Perodua Axia Terima 27,000 Unit Tempahan
Auto Terkini

BERITA AUTO: Perodua Axia Terima 27,000 Unit Tempahan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/10/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1220640BERITA terkini yang baru kami perolehi, Perodua Axia sudah menerima 27,000 unit tempahan sejak ia dibuka pada 15 Ogos lalu. Daripada jumlah itu, lebih 3,600 unit Axia sudah diserahkan kepada pembeli dan selebihnya akan dikeluarkan secara berperingkat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh komited mempercepatkan penghantaran buat pelanggan dalam tempoh masa singkat.

Tambah Aminar, pihaknya yakin tempoh menunggu dapat disingkatkan selepas bekerjasama rapat dengan pihak vendor bagi memastikan proses pengeluaran dapat berjalan lancar.

” Kami terharu terhadap sambutan dan sokongan diberikan serta memohon maaf di atas kelewatan seperti mana yang dijanjikan sebelum ini,” katanya lagi.

P1210868Perodua Axia hadir dalam empat varian: Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Perbezaan utama antara kesemua model ini sudah semestinya melibatkan aspek rekabentuk luaran dan spesifikasi.

Daripada keempat-empat varian itu, Axia Standard mengungguli carta apabila mencatatkan 45 peratus tempahan dan diikuti dengan varian SE dan ADvance iaitu 35 peratus manakala selebihnya adalah Standard E.

Menyentuh kepada nama Axia, perkataan ‘Axia’ (disebut a-zee-a) dipilih dengan menggabungkan perkataan Asia, di mana ‘X’ sebagai angka roman bagi nombor 10 yang mewakili model ke-10 Perodua. Lebih bersejarah buat Perodua, Axia adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama negara.

Hasil janaan enjin 1KR-DE2 3-silinder bersesaran 1.0L, Axia mampu menghamburkan kuasa 66hp pada 6,000rpm dan tork puncak 90Nm (3,600rpm). Hasil bantuan kotak gear automatik 4-kelajuan, ia mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 20.1km per liter manakala 21.6km per liter bagi transmisi manual 5-kelajuan.

Perodua Axia yang dijual bermula pada harga RM24,600 hingga RM44,470. Laporan lanjut berkaitan Perodua Axia, boleh baca di sini.

P1230417PEMBINAAN MASJID

Sementara itu, Perodua turut melancarkan majlis pecah tanah pembinaan masjid dan taska yang dijangka siap sebelum akhir tahun 2015.

Hasil pelaburan bernilai RM20 juta itu, masjid Perodua mampu memuatkan sehingga 3,000 jemaah pada satu masa yang sama. Menerusi pembinaan masjid itu, ia dapat memudahkan lagi pekerja-pekerja Perodua dan jemaah yang terdekat. Manakala taska pula mampu memuatkan sehingga 300 orang pada masa sama.

Pada majlis yang sama, Perodua turut menyumbang sebanyak RM17,500 kepada lima masjid dipilih sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut hujung minggu ini.

axia Axia Advance Axia Special Edition (SE) Axia Standard E Axia Standard G Axia terima 27000 unit tempahan Datuk Aminar Rashid Salleh harga axia Tempahan Perodua Axia Dibuka
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.