Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Kilang Baharu Mazda Sasar 20K Unit Setahun
Auto Terkini

BERITA AUTO: Kilang Baharu Mazda Sasar 20K Unit Setahun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1190934

BERMAZ Motor Sdn Bhd, pengedar rasmi Mazda Malaysia mengorak langkah agresif menerusi pembukaan kilang pemasangan tempatan (CKD) baharu di kilang Inokom Corporation, Kulim, Kedah. Menelan pelaburan sebanyak RM100 juta, pembukaan kilang itu dijangka mampu memasang dan mengeluarkan hingga 20,000 kenderaan Mazda setahun secara berperingkat.

Majlis perasmian disempurnakan Pegawai Eksekutif Mazda Motor Company, Masatoshi Maruyama dan Pengarah urusan Inokom, Rizal Jailan. Turut hadir pada majlis sama ialah Presiden Mazda Malaysia, Shini Sakatani, Pengerusi Inokom, Datuk Kalsom Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif Prima Merdu, Datuk Amer Hamzah Ahmed.

LEBAR SAYAP

Mula menjalinkan kerjasama bersama Inokom dengan memasang model Mazda3 pada 2011, kilang baharu itu, yang dibina atas tapak berkeluasan 6,000 meter persegi, kini menumpukan perhatian ke atas model CX-5 yang mendapat sambutan hangat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ben Yoh berkata, pihaknya yakin pembinaan kilang baharu ini mampu mengurangkan tempoh menunggu pelanggan sedia ada bagi model CX-5.

“Selain pasaran tempatan, kami turut mengimport model CX-5 ke Thailand. Demi menjamin kualiti pemasangan setaraf dengan model diimport sepenuhnya (CBU), pembinaan kilang baharu ini adalah mengikuti sepesifikasi Mazda Motor Corporation di Jepun.

“Kami lebih mementingkan aspek kualiti berbanding kuantiti. Apa gunanya kalau dapat keluar kenderaan banyak kalau kualiti tidak bagus,” katanya.

P1190970   P1190947

DSC_9797 DSC_9772 DSC_9913 DSC_9899

Mazda bakal mengeluarkan model CKD Mazda3 dan Mazda6 tidak lama lagi. Mazda CX-5 dibina berasaskan tema rekaan KODO – Soul of Motion yang diinspirasikan model konsep Shinari dan Takeri bersama gabungan teknologi SKYACTIV. Hasil gabungan itu berjaya mencetuskan emosi dan keseronokan memandu hingga meneruskan kesinambungan teknologi pada model Mazda6 dan Mazda3.

bermaz bermazmotor CBU CKD Datuk Amer Hamzah Ahmed Datuk Kalsom Abdul Rahman Datuk Seri Ben Yoh Inokom Corporation Kedah KODO Kulim Masatoshi Maruyama mazda Mazda CX-5 Mazda Malaysia Mazda Motor Corporation mazda3 Mazda6 Rizal Jailan Shini Sakatani skyactiv
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.