Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bentley Mulliner Bacalar – Supercar Edisi Khas yang Cuma 12 Unit Dikeluarkan
Auto Terkini

Bentley Mulliner Bacalar – Supercar Edisi Khas yang Cuma 12 Unit Dikeluarkan

Abang HirataBy Abang Hirata06/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA satu-satu model kereta premium sudah jadi klise dan ramai pula pemiliknya, ada alternatif lain ditawarkan kepada pelanggan yang mendambakan sesuatu lebih istimewa dan tersendiri dengan menawarkan pakej naik taraf.

Jika itu belum cukup, pengeluar akan menawarkan sesuatu yang lebih istimewa. Inilah dilakukan Bentley Mulliner  menerusi Bacalar yang diperkenalkan di ibu pejabat pengeluar itu di Crewe, England.

Bukan saja eksklusif dan terhad kepada 12 unit sahaja, pembuatan model grand tourer ini mendapat sentuhan kerja tangan Bentley Mulliner, iaitu pembina koc (coachbuilder) tertua dunia, dan setiap unit Bacalar dihasilkan di bengkel di Crewe mengikut cita rasa pelanggannya.

Mulliner memiliki sejarah luar biasa, ditubuhkan pada dekad ke-15 dengan menawarkan kerja-kerja kustom kereta kuda mewah, bernama Mulliner. Detik pertama hubungan Mulliner dengan Bentley terjalin apabila syarikat itu menghasilkan model Bentley dua kerusi pada 1923. Pada 1959, barulah Mulliner jadi sebahagian perniagaan Bentley.

TENTANG BENTLEY MULLINE BACALAR

  • Diilhamkan daripada kereta konsep EXP 100 GT sempena 100 tahun Bentley.
  • Kereta grand tourer tanpa bumbung.
  • Dinamakan sempena Laguna Bacalar di Mexico iaitu tasik dengan pemandangan indah.
  • Nama model berdasarkan nama tempat bermula selepas Bentayga pada 2015.
  • Tidak berkongsi panel badan dengan model Bentley sedia ada kecuali satu komponen, iaitu hendal pintu Continental GT dengan sistem bebas kunci.
  • Komponen badan daripada aluminium ringan dan gentian karbon, juga dibuat menggunakan kaedah cetakan tiga dimensi (3D).
  • Trek belakang 20mm lebih lebar berbanding Continental GT untuk bentuk lebih maskular.
  • Rim kustom 22 inci.
  • Menggunakan sistem suspensi udara untuk pemanduan dinamik dan keselesaan penumpang, serta dipadukan casis adaptif dengan Sistem Pemanduan Dinamik (DRS) 48V. 
  • Dipacu enjin 12-silinder 6.0L W12 TSI berkuasa 650hp dan tork 900Nm dengan transmisi klac kembar (DCT) 8-kelajuan.
  • Sistem Pacuan Semua Roda Aktif (Active All-Wheel-Drive, AAWD) dengan penggunaan roda belakang sebanyak mungkin semasa pemanduan biasa untuk mengoptimumkan kecekapan dan prestasi dinamik.

Jika ada yang berkenan dengan Mulliner Bacalar ini, harap maaf kerana setiap satu sudah ada pemiliknya serata dunia.

BACA >>> Bentley Flying Spur Guna 3km Benang untuk Kemasan Dalaman

GALERI
Bentley Bentley Mulliner Bacalar Mulliner Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.