Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Bentayga (2020) – SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!
Roda4

Bentley Bentayga (2020) – SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!

Abang HirataBy Abang Hirata03/07/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


IKON kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah baharu, Bentley Bentayga baru saja didedahkan kepada umum pada 30 Jun lalu sebagai versi  dipertingkat (facelift) dengan menampilkan perubahan signifikan berbanding model terdahulu yang diperkenalkan pada November 2015.

Pengenalan SUV adalah keputusan tepat dilakukan Bentley. Sejak dilancarkan, lebih 20,000 unit dijual dan dianggap angka cemerlang untuk bagi jenama kenderaan mewah.

Bukan hanya menawarkan kemewahan, tetapi ketika dilancarkan, Bentayga adalah SUV terpantas, berkuasa dan paling eksklusif di dunia. Model itu turut membawa impak cukup bermakna buat Bentley apabila program melibatkan pelaburan £840 juta (RM4.48 bilion) itu mewujudkan 1,500 pekerjaan di Britain.

SUV MEWAH SERBA BOLEH

Dengan legasi itu, penting untuk Bentayga meneruskan kejayaan sedia ada. Jadi model 2020 ini hadir sama seperti versi terdahulu dengan menawarkan prestasi jentera grand tourer, limosin mewah, kereta famili luas dan kenderaan off-road. Dari situ sudah boleh dilihat kemampuan Bentayga sebagai SUV serba boleh di sebalik imej mewah dimiliki.

Bahagian luaran Bentayga membawa imej baharu Bentley yang diperkenalkan pada Continental GT generasi ketiga dan Flying Spur baharu. Kini ketiga-tiga model itu memiliki penampilan yang ada kaitan satu sama lain berbanding sebelum ini.

BACA >>> CEO Perodua: SUV Baharu Sah Guna Enjin 1.0L Turbo!

Setiap panel bahagian depan Bentayga (2020) direka semula untuk imej lebih kemas dan moden. Gril lebih besar dan tegak, manakala lampu LED matriks menggunakan rekaan signatur Bentley yang diilhamkan daripada perkakasan kaca potongan kristal.

Walaupun membawa imej klasik dan berkelas, SUV ini didatangkan dengan bampar paten agresif yang disengajakan bagi menonjolkan prestasi. Pengelap cermin adalah jenis bilah basah (wet-arm) yang kali pertama diperkenalkan dengan fungsi 22 jet pembasuh setiap bilah.

Satu perbezaan ketara dan paling jelas ialah bahagian belakang yang direka semula. Pintu belakang tidak sama dan lampu langsung berbeza, manakala saiz kini lebih kecil dan unik berbanding model terdahulu. Lokasi nombor pendaftaran diturunkan dari pintu belakang ke tengah bampar yang turut direka semula. Dari belakang, Bentayga (2020) nampak seperti model baharu sepenuhnya.

Selain itu, bunga tayar belakang dilebarkan kepada 20mm untuk memberi kelebihan dari segi dinamika pemanduan dan peletakan semula roda dalam gerbang roda menambah baik kedudukan SUV ini. Pelebaran bunga tayar mengurangkan usaha stereng dan memperbaiki respon linear. Roda digunakan juga baharu dan unik untuk Bentayga.

BACA >>> Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik

Bahagian dalaman turut dipertingkatkan dengan perubahan major pada stereng, fasia tengah dengan pelapik pintu, dan kerusi baharu yang kini boleh didapati dengan pengudaraan pada kerusi belakang. Penumpang belakang turut menikmati ruang kaki ekstra hingga 100mm bergantung kepada konfigurasi.

Trenkuasa SUV ini didatangkan terlebih dahulu dalam versi Bentayga V8 sebelum disusuli versi hibrid plug-in (PHEV) dan prestasi tinggi Speed W12 dengan enjin 6.0L TSI beberapa bulan akan datang.

Enjin petrol 4.0L V8 Twin Turbo mempunyai kuasa 542hp dan tork 770Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Keupayaan Bentayga V8 ini sudah setara kereta prestasi dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat, manakala kelajuan maksimum 290kmj.

Walaupun berkuasa tinggi dengan saiz enjin besar, penggunaan bahan api ialah 13.3 liter per 1ookm (kombinasi) yang  antara lain disumbangkan teknologi nyah aktif empat daripada lapan silinder mengikut situasi pemanduan.

Dengan segala perubahan dilakukan, Bentayga (2020) sekali lagi membuktikan status SUV itu bukan sekadar model jenama mewah, tetapi lebih daripada itu. Ini ialah SUV mewah luar biasa!

BACA >>> Bentley Home Newent Collection – Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!
BACA >>> SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback

GALERI
Bentley Bentley Bentayga Bentley Bentayga (2020) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV SUV mewah
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.