• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Perodua: SUV Baharu Sah Guna Enjin 1.0L Turbo!

CEO Perodua: SUV Baharu Sah Guna Enjin 1.0L Turbo!

January 21, 2020 By AO 2 Comments

15.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengesahkan akan menggunakan trenkuasa 1.0L Turbo sebagai enjin untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu jenama itu yang dijangka dikeluarkan tahun ini.

Kenyataan itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada majlis pembentangan prestasi Perodua sepanjang 2019 sebentar tadi.

BACA >>> SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?

Toyota Raize.29
Toyota Raize.20
Toyota Raize.43

SUV baharu Perodua, yang juga disebut-sebut sebagai Kembara baharu, dikatakan akan dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA) sama seperti Toyota Raize yang dilancarkan November tahun lalu.

Jika menjadikan Raize sebagai rujukan, SUV Perodua itu nanti akan dipacukan enjin 3-silinder 1KR-VET 1.0L Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api.

Atas kertas, SUV tersebut akan berentap sengit dengan model Proton X50 yang juga bakal menjengah pasaran tempatan tahun ini.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

15.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, enjin turbo suv perodua, Perodua, SUV Baharu Perodua

Comments

  1. Arif Othman says

    January 25, 2020 at 12:15 AM

    1.3 turbo la best

    Reply
  2. Othman Sitlin says

    March 31, 2020 at 8:24 PM

    Bagi saya kenderaan model ini sangat menarik dan simple.Cuma harga belum.lagi dipaparkan.Lebih menarik jika kenderaan model ni menggunakan enjin 1.3 Turbo.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my