• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?

SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?

January 14, 2020 By Admin 1 Comment

8.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA dijangka memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B baharu pada penggal kedua tahun ini, menurut laporan TheEdge.

Pengeluar nasional kedua itu dikatakan sedang bersiap sedia melancarkan SUV tersebut yang akan diposisikan di bawah SUV 7-kerusi Aruz yang berharga RM70,000-RM80,000. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza juga sudah lama tidak berganti sejak kali terakhir debut pada 2009, manakala versi facelift paling terakhir diperkenalkan pada 2018.

BACA >>> #TMS2019: Model Daihatsu Tanpa Nama Ini Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Toyota Raize.14
Toyota Raize.20
Toyota Raize.06

SUV segmen-B 5-kerusi Perodua, yang juga disebut-sebut sebagai Kembara baharu, khabarnya akan menggunakan Arkitektur Global Baharu DaihatsuĀ (Daihatsu New Global Architecture, DNGA). Platform ini turut digunakan Toyota untuk SUV Raize yang dilancarkan November tahun lalu.

Jika menjadikan Raize sebagai rujukan, SUV Perodua nanti bakal dipacukan enjin 3-silinder 1.0L 1KR-VET Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gearĀ (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api.

Toyota Raize.08
Toyota Raize.03

Dari segi dimensi, Raize dikatakan lebih kecil daripada Hona HR-V dan Geely Binyue (Proton X50), teapi masih lebih besar daripada Daihatsu Terios atau Kembara.

Menariknya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,Ā Datuk Zainal Abidin Ahmad sebenarnya pernah ditanya mengenai SUV tersebut tetapi beliau nampaknya lebih berminat memperkatakan tentang enjin 1.0L pengecas turbo.

"Apa yang menarik, enjin itu menggunakan teknologi baharu dan kalau kita boleh bawa ke Malaysia, ia akan jadi senario berbeza. Saya selalu tekankan teknologi adalah untuk semua, tetapi saya tidak kata ya atau bila. Insya-Allah kita lihat nanti,"Ā katanya.

BACA >>>Ā 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

SUMBER: TheEdge

8.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Perodua, Roda 4, Sistem Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, SUV Baharu Perodua, SUV Perodua, SUV Perodua malaysia

Comments

  1. Francis kepu says

    January 23, 2020 at 3:13 AM

    Saya minat bossku

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 Ā© PanduLaju.com.my