Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benelli 302R (2021) Lancar di China, Rupa Baharu dan Lebih Ringan, Harga RM18.8k
Auto Terkini

Benelli 302R (2021) Lancar di China, Rupa Baharu dan Lebih Ringan, Harga RM18.8k

AryonBy Aryon12/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA Benelli di Malaysia memperkenalkan supermoped R18i, di peringkat global pula pengeluar dari Itali itu baru-baru ini melancarkan sportbike fairing aras mula 302R dengan menampilkan kemas kini signifikan supaya tampil kompetitif di pasaran.

Di pasaran China, model ini dijual pada harga 29,800 yuan (RM18,810), dan akan bersaing dengan model lawan seperti Ninja 300 dan KTM RC390.

302R (2021) kini nampak lebih tajam dan agresif dari setiap sudut dengan rupa depan slik. Berikut perincian ringkas mengenai sportbike tersebut:

  • Dilengkapkan lampu projektor vertikal dan diapit lampu signal belok LED.
  • Keseluruhan panel badan ditambah baik, termasuk frem yang direka lebih ringan berbanding model lama. Atas kertas, 302R (2021) lebih ringan 22kg dengan berat keseluruhan 182kg.
  • Mengenai enjin, model ini masih dijana enjin patuh Euro5 302cc Parallel-Twin penyejukan cecair berkuasa 34.5hp @ 11,000rpm dan tork 27Nm @ 9,000rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Walaupun angka kuasa sedikit direndahkan, tetapi berat badan lebih ringan, , model ini pasti menjanjikan keseronokan menunggang yang mengujakan.
  • Menampilkan panel meter TFT digital penuh menggantikan meter analog pada model terdahulu. Antara maklumat dipaparkan ialah spifometer, takometer, bar petrol, suhu enjin dan indikator posisi gear.
  • Bahagian roda mendapat fork 41mm jenis prabeban boleh laras dan monoshock di belakang, juga boleh laras. Bahagian brek digalas unit dwi-brek cakera dengan kaliper 4-piston di depan dan brek cakera tunggal di belakang.

Memandang 302R berada dalam senarai sportbike Benelli di Malaysia, model edisi 2021 dijangka bakal memasuki pasaran tempatan tahun ini. Kali terakhir 302R diperkenalkan di negara ini adalah pada 2017, yang juga menjadi sportbike 300cc paling murah Malaysia.

BACA >>> Benelli 302R Dijual Pada Harga RM21,888 – Model 300cc Paling Murah Di Malaysia
BACA >>> Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!

benelli Benelli 302R (2021) roda2 sportbike Sportbike Fairing
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.