Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?
Autotainment

Kajian: Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

Han OthmanBy Han Othman07/03/20262 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Parkir khas untuk wanita

ADAKAH ini fakta atau hanya kenyataan seksis yang kerap dituturkan kaum lelaki? Ironinya, kajian diketuai saintis wanita di bawah ini mendedahkan bahawa lelaki nyata lebih baik berbanding wanita dalam hal memarkir kereta.

Menurut kajian itu, kaum lelaki ialah 5 peratus lebih cekap berbanding wanita di ruang parkir selari yang memerlukan kereta diundur. Malah, lelaki juga lebih bagus ketika memasuki parkir menegak yang juga perlu dilakukan secara mengundur.

Semasa kajian, beberapa sukarelawan diminta memarkir sebuah kereta sedan berulang kali. Keputusannya, pakar psikologi wanita itu mendapati kaum perempuan masih gagal memarkir dengan baik walaupun mengambil masa 20 saat lebih lama untuk melakukannya.

Faktanya, pemandu wanita cenderung memarkir terlalu rapat dengan garisan ruang parkir.

BACA >>> Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati

Koordinasi Superior

Women parking
Women driver

Pasukan saintis di Universiti Ruhr dekat Bochum, Jerman mendapati lelaki mempunyai kelebihan koordinasi superior dan kesedaran ruang kerana otak mereka dapat memproses kedudukan yang berubah-ubah dan kelajuan kereta secara lebih pantas berbanding wanita.

Pengarang bersama kajian itu yang juga pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di Jabatan Biopsikologi, Dr Claudia Wolf mendakwa berminat dengan subjek tersebut disebabkan banyak komen cauvinis yang biasa didengarnya mengenai pemandu wanita.

Prejudis itu wujud dan sebagai seorang saintis, saya memutuskan untuk mengkajinya sama ada ia fakta atau berasaskan mitos.

“Saya tidak fikir hal feminisme atau wanita sebagai punca akibat hasil penemuan ini. Ia hanya membuktikan apa yang ditunjukkan kajian terdahulu tentang perbezaan ruang antara lelaki dan wanita.

“Selain itu, ia bukanlah kegagalan besar dilakukan wanita. Ia hanya tentang parkir – bukannya kejayaan lelaki ke atas wanita,” katanya.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

Sikap Hati-Hati Tidak Membantu

Gambar sekadar hiasan

Seramai 65 sukerelawan dengan pelbagai tahap pengalaman pemanduan diminta memarkir sebuah Audi A6 automatik ke dalam satu ruang parkir kereta di universiti yang berukuran 15 x 6 kaki.

Kemahiran pemandu dikira dengan memeriksa kedudukan tengah kereta dalam ruang parkir selepas akhir tugasan.

Peliknya, saintis mendapati walaupun pemandu wanita mengambil lebih masa dan berhati-hati ketika memarkir, tetapi sebenarnya langsung tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada mereka.

Perbezaan ketara tempoh memarkir itu dapat menjelaskan cara memandu umum antara lelaki dan perempuan, di mana beberapa kajian membuktikan lelaki mengambil risiko pemanduan lebih besar.

BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Menurut kajian, perbezaan jantina dalam penilaian risiko menunjukkan wanita lebih berhati-hati ketika di parkir, sekali gus membuatkan mereka lebih perlahan.

Namun, masih tidak dapat menjelaskan mengapa kedudukan parkir ketika akhir tugasaan adalah kurang tepat berbanding lelaki, terutama parkir selari.

Pemanduan perlahan sepatutnya menjadikan lebih baik dan bukan keputusan teruk, kata kajian itu lagi.

Cuma Provokasi

Aktivis feminisme, Germaine Greer
Germaine Greer

Bagaimanapun, aktivis feminisme, Germaine Greer mengkritik hasil kajian tersebut dan menyifatka sebagai tidak berguna. Greer berkata;

Saya boleh percaya lelaki terbukti memiliki kelebihan utama dalam kesedaran ruang ketika memarkir kenderaan. Ibu saya mampu memarkir dengan baik sekali, tetapi disebabkan bapa saya tidak kerap membenarkannya memandu, dia jadi takut.

“Anda mesti ingat tentang fizikal wanita yang ada payudara. Ini membuatkan mereka begitu sukar membelok.

“Tetapi, apakah kita benar-benar perlu tahu perkara ini? Apakah patut kita halang wanita daripada memarkir kereta? Sudah tentu tidak.

“Mereka (saintis) cuma mahu melakukan provokasi ke atas orang seperti saya. Ia maklumat yang sangat membazir,” kata Greer.

SUMBER: Dailymail.co.uk

autotainment Dr Claudia Wolf fakta automobil feminisme Germaine Greer kajian Pemandu Wanita Teruk Parkir tahukah anda wanita lebih teruk parkir berbanding lelaki
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

06/04/2026
Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
Roda4

#NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

05/04/2026
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Roda4

Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Xiaomi SU7 2026 Generasi Baharu Lancar dengan Jarak Pandu Sejauh 902km!

04/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.