Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Benarkah Perangai Drebar Teksi Teruk Sangat? Pengguna Ini Kongsi Pengalaman Jujur
Sembang Deras

Benarkah Perangai Drebar Teksi Teruk Sangat? Pengguna Ini Kongsi Pengalaman Jujur

Han OthmanBy Han Othman13/10/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ady-kelana-uber-dan-teksi-bg
BANYAK kali juga kami di PanduLaju menaikkan artikel mengenai isu pemandu teksi di Malaysia yang nampak seakan menghentam mereka. Namun, jauh sekali kami mahu meletakkan generalisasi dan tetap yakin masih ramai pemandu teksi yang jujur dan bertanggungjawab di negara ini.

Malangnya, kejujuran mereka itu ditenggelamkan banyak maklum balas buruk yang dilakukan rakan sekerja mereka sendiri. Malah, kami merasakan mereka antara golongan pekerja yang berdepan eksploitasi golongan atasan dan kerenah sistem pengurusan yang lapuk dan menindas. Lebih mendukacitakan, sesetengah mereka memilih untuk berkonfrontasi dengan pengguna pula, walhal mereka sepatutnya melawan sistem yang menindas mereka.

Di bawah ini adalah pengalaman dan pendapat pemilik Facebook (FB), Ady Kelana tentang pemandu Uber (aplikasi pengangkutan online) dan pemandu teksi. Sebagai makluman, status anak muda Sabah ini pernah kami muat naik sebelum ini, juga tentang perihal pemandu teksi. Hah, apa pula ngomelan dia kali ini?

BACA >>> Kata Penumpang Ini, Pemandu Teksi KTM Sungai Buloh ‘Terbaik Dunia’

*Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan isi kandungan asal. Screenshot status asal FB penulis boleh dibaca di penghujung artikel. Harap maklum.

UBER ATAU TEKSI?

Tengah hari tadi ada meeting kat Solaris, jadi aku pun buat tempahan awal (pre-book) Uber sejak semalam. Bagus jugak Uber ada perkhidmatan ini. Uber akan memberi notifikasi tempahan dan tepat pada masa yang ditempah, kereta Uber pun sampai. Kereta Nissan Grand Livina (kereta aku nak beli dulu, dapat juga naik). Driver uncle Cina baru 2 bulan pencen. Dia kata, saja bawa Uber daripada duduk rumah tak buat apa, baik bawa Uber, dapatlah duit kopi. Sampai sahaja di destinasi, aku kurang 10 sen, dia bagi diskaun.

Habis meeting, aku pun tunggu depan pejabat. Konon nak tempah Uber lagi. Tetapi, ada teksi Proton Exora 1Malaysia, ya Satu Malaysia lalu!!! Aku pun tahanlah teksi ni. Pemandunya abang Melayu, juga baik.

Sembang-sembang politik, ekonomi, dan macam-macam. Dia ada 3 biji rumah, 2 disewakan, kereta teksi tu bayar cash, ya cash!!!. Dia kata, dia tak anti pun Uber ni, rezeki masing-masing, tapi harap Kerajaan adil pada pemandu teksi.

Teksi ni kene bayar 5 benda; Puspakom, permit, kalau sewa kena bayar sewa, minyak, cukai dan insurans. Kalau semua ni boleh dijimatkan atau dikurangkan, kuranglah sikit kos pemandu teksi, kata abang teksi tu.

Sampai sahaja di destinasi, duit aku ada RM71 (rm50 + rm20 + rm1) dan tambang RM24. Dia pula tak ada duit kecil, ada RM10 je. Alamak! Tapi dia kata tak apa, bagi je yang mana ada. Jadi aku bayarlah RM21 + duit syiling yang ada dalam poket. Dapat diskaun RM2.++. Halal, katanya.

Inilah pengalaman aku untuk hari ini. Bukan semua pemandu teksi itu buruk perangainya. Ada juga yang berhati baik. Kalau kau rasa duit tak cukup, boleh saja cuba jadi pemandu Uber, ada juga duit lebih. Semoga uncle dan abang tu maju dalam bidang masing-masing.

Sambil aku berjalan ke pejabat, aku terfikir, berapa banyak hutang tak abis bayar lagi ni. Jem.

ady-teksi-uber

pemandu teksi perangai pemandu teksi Malaysia perkhidmatan Uber sembang deras Teksi Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Belanjawan 2026 - Pemandu teksi dapat inisiatif pengecualian cukai, dan pertingkat kemahiran.
Auto Terkini

#Belanjawan2026: Pemandu Teksi Dikecuali Duti Eksais, Cukai Jualan Beli Kereta Nasional Baharu

12/10/2025
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie08/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.