Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Beli Nissan Almera Turbo, Dapat Pakej Tomei Aero Bernilai RM8k Percuma!
Roda4

Beli Nissan Almera Turbo, Dapat Pakej Tomei Aero Bernilai RM8k Percuma!

Han OthmanBy Han Othman19/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA kepada mereka yang berminat membeli Nissan Almera Turbo yang mana setiap unit baharu kini layak mendapat set Tomei Aero Package bernilai RM8,000 secara percuma selagi stok masih ada.

Pakej tersebut dibangunkan khas tuner ternama, Tomei of Japan yang berkolaborasi dengan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Pakej itu juga tersedia untuk semua varian Almera Turbo, iaitu VLT, VLP dan VL yang memberikan penampilan lebih sporty.

BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama

Berikut perbezaan Almera Turbo dengan Tomei Aero Package mengikut varian:

  • Almera Turbo VLT (RM95,888) mendapat lima item aerokit terdiri daripada spoiler bampar depa, spoiler bampar belakang (dua item) dan skirt sisi. Semua item didatangkan dengan kemasa dwi-tona untuk sentuhan sporty.
  • Dengan Tomei Aero Package, varian VLT mendapat ekstra pedal sport dengan perehat kaki yang bukan saja nampak sporty, tetapi juga memberikan cengkaman lebih baik pada kasut. Item lain dalam pakej itu ialah pelindung hendal pintu (4 unit), plat sil pintu dan visor pintu, serta filem gelap ICE Cool.
  • Almera Turbo VL (RM83,888) dan VLP (RM89,888) turut mendapat set lima unit aerokit dengan skema warna dwi-tona, dan tiga item seperti spoiler pintu but, filem gelap ICE Cool, dan pedal sport dengan perehat kaki.

Semua item berkenaan dihasilkan mengikut spesifikasi kilang yang sama kualiti dengan aksesori standard. Malah turut diberikan waranti jika berlaku kecacatan pembuatan bagi tempoh 3 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).

Dalam masa terhad, ETCM juga menawarkan item Tomei GT Wing kepada pembeli awal dengan diskaun 50 peratus, iaitu RM700 sahaja.

Harga jualan adalah untuk Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran persendirian sahaja. Setiap pembelian layak mendapat waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.

Berikut fakta menarik mengenai Almera Turbo:

  • Dilengkapi teknologi keselamatan dan bantuan pemandu termaju Nissan Intelligent Mobility untuk mengelak perlanggaran seperti Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW), dan Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB).
  • Menawarkan penjimatan bahan api terbaik. Salah seorang pemilik pernah melaporkan kepada ETCM berjaya mendapat bacaan 49.5km per liter.
  • Ciri termaju lain diberikan ialah Monitor Paparan Keliling (IAVM) dengan Pengesan Objek Gerak Pintar (IMOD) yang memudahkan pemandu memantau situasi sekeliling kenderaan.
  • Ruang kabin menyediakan kerusi Zero Gravity yang dibangunkan untuk mengurangkan keletihan ketika memandu berasaskan kajian agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA)  bagi mendapatkan postur neutral dan ideal untuk keselesaan.

Almera Turbo boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Nissan seluruh negara, ataupun layari bilik pameran digital di pautan https://nissan.com.my/onlineshowroom/.

Jika pembelian dibuat menerusi platform e-dagang seperti Lazada Nissan Flagship store, tempahan dapat dibuat dengan bayaran serendah RM250, dan pembeli akan segera dihubungi wakil jualan bagi melengkapkan proses pembelian.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Nissan Customer Care Centre di talian 1800-88-3838.

BACA >>> Thailand Perkenal Nissan Almera Sportech (2021) yang Lebih Sporty, Harga Mula RM83k!
BACA >>> Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!

aksesori Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Nissan Nissan Almera Turbo Roda4 Tomei of Japan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
F1 2026 | GP Hungary
Formula Satu

#F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.