• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Perkenal Nissan Almera Sportech (2021) yang Lebih Sporty, Harga Mula RM83k!

Thailand Perkenal Nissan Almera Sportech (2021) yang Lebih Sporty, Harga Mula RM83k!

June 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

424
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Thailand menawarkan varian terbaharu Almera Sportech (2021) yang dilengkapkan pakej khas untuk bersaing dengan sedan subkompak popular seperti Toyota Vios dan Honda City di pasaran negara jiran itu.

Varian baharu Almera itu nampak lebih sporty selepas dipasangkan kit badan sentuhan pengeluar aksesori terkenal Jepun, Autech.

Berikut perincian Almera Sportech (2021):

BACA >>> Inilah 5 Perkara Menakjubkan Tentang Nissan Navara (2021) Baharu

  • Pakej kit badan ditawarkan untuk varian Almera V dan VL pada harga seperti berikut:
    • Almera VL Sportech - 659,000 baht (RM87,220)
    • Almera V Sportech - 629,000 baht (RM83,250)

* Perbezaan harga Almera VL dan V tanpa kit badan ialah 20,000 baht (RM2,650).

BACA >>> Perlukah Beli Kereta Ada Lampu Kabus?

  • Menerima set bampar depan lebih segar dengan perumah lampu kabus besar dan lip perak. Rim aloi 15 inci ditukar kepada jenis 5-jejari kembar dalam dwi-tona.
  • Bampar belakang kini lebih dinamik dengan tambahan kemasan hitam dan perak. Lencana Sportech kelihatan tertera atas lampu belakang sebelah kanan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?

  • Dimensi badan sama seperti versi standard panjang 4,495mm, lebar 1,740mm, dan tinggi 1,460 mm, manakala jarak roda kekal 2,620mm.
  • Kabin tiada sebarang pembaharuan dan tarikan utama masih pada stereng sporty bentuk D. Sedan ini masih kekal selesa dinaiki lima penumpang dewasa, termasuk pemandu.
  • Trenkuasa dijana enjin petrol 1.0L turbo berkuasa 100hp dan tork 152Nm serta dipadankan transmisi automatik CVT Xtronic dengan simulasi gear. Bagaimanapun, tiada ciri pedal syif diberikan seperti model lawan City baharu atau Vios GR-S.

BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Nissan_Almera_Sportech_Thailand_5
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_3
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_5
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_20
Exterior-Front-grill-head-lamp-01-3200x1800
Exterior-Back-Skirt-Spoiler-01-1600x1800
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_19
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_23
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_25
Nissan_Almera_Sportech_Thailand_17

SUMBER: Zing

Artikel Berkaitan

424
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aksesori Nissan Almera, Almera Sportech (2021), Autech Nissan Almera, Auto Terkini, Nissan Almera, Nissan Almera Sportech, Nissan Thailand, sedan segmen-B, sedan subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
    Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
  • Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
    Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my