Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Beli Minyak Pelincir Osoplus dan Dapat Pakej Bonus Menarik
Aksesori

Beli Minyak Pelincir Osoplus dan Dapat Pakej Bonus Menarik

Abang GYLBy Abang GYL09/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUT mengenai minyak pelincir atau minyak enjin, ada berpuluh-puluh jenama di Malaysia, sama ada untuk jentera dua roda atau empat roda, termasuklah kenderaan berat dan komersial. Minyak pelincir Osoplus adalah salah satu daripada sekian banyak produk bendalir enjin  yang baru saja menerjah pasaran negara ini.

Dirumus khas daripada Jerman, minyak pelincir Osoplus sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan tanpa mengira usia dan jenama. Sama seperti jenama lain, Osoplus menawarkan minyak pelincir jenis mineral, semi sintetik dan sintetik penuh.

Osoplus ditawarkan dalam enam pilihan dan dijual pada harga bermula serendah RM78-RM228.

  • Osoplus Extreme Pro IV 5W40SN – RM228
  • Osoplus Eco Plus III 10W40 – RM163
  • Osoplus Eco Plus II 5W30N – RM156
  • Osoplus Premium IV 15W40SN – RM99
  • Osoplus Premium III 10W30N – RM99
  • Osoplus Premium II 20W50SG – RM78

Manakala minyak pelincir Osoplus dalam pek 7L untuk kenderaan diesel bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Menariknya, Osoplus menawarkan enam pakej menarik dengan bonus tambahan hingga 30 peratus kepada pelanggan setia, berupa dompet elektronik aka e-Wallet.

Osoplus turut memberikan insurans kemalangan peribadi Tokio Marine secara percuma yang memberi perlindungan hingga RM20,000 kepada mereka mendaftar sebagai ahli Osoplus. Menarik! Bukan itu saja, Osoplus menawarkan servis memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan tanpa sebarang caj perkhidmatan serta baucar melancong bernilai RM400.

Pengarah Pemasaran Osoplus Sdn Bhd, Datuk Mazlan Sabli berkata, sehingga kini sudah lebih 30 pelanggan sudah mendaftar sebagai ahli Osoplus dan dijangka lebih ramai akan turut serta kerana jenama itu masih baharu.

Menurutnya, kehadiran minyak pelincir Osoplus juga diterima baik, dan rata-rata memuji kualiti produk itu yang ditawarkan pada harga berpatutan.

“Buat masa ini, minyak Osoplus boleh didapati di pengedar terpilih kami seperti D Champion Auto Sdn Bhd, di Bandar Sunway.

“Kami juga sedang mencari pengedar eksklusif Osoplus di setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, selain turut merancang mengeksport ke negara Asean lain,” kata Mazlan.

D CHAMPION AUTO – PENGEDAR PERTAMA

Pengarah Osoplus Sdn Bhd, Datuk Mazlan Sabli (kiri) bersama Pengarah Urusan Osoplus Sdn Bhd, Chua Kiew Chai (tengah) dan Datuk Tiong Yap Choon
Pengarah Osoplus Sdn Bhd, Datuk Mazlan Sabli (kiri) bersama Pengarah Urusan Osoplus Sdn Bhd, Chua Kiew Chai (tengah) dan Datuk Tiong Yap Choon

Bengkel D Champion Auto Sdn Bhd menjadi pengedar pertama minyak pelincir Osoplus, terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Bengkel tersebut turut menyediakan servis ambil dan hantar kenderaan untuk diservis atau dibaiki sama ada di pejabat atau rumah dalam radius 20km dengan caj percuma sahaja!

Dibantu empat mekanik bertauliah, bengkel dengan pengalaman lebih 10 tahun itu turut dilengkapi pelbagai mesin canggih. Bayaran juga berpatutan. Misalnya, servis menukar minyak pelincir hanya dikenakan caj serendah RM30 dan mampu disiapkan sepantas 30 minit.

ALAMAT:

D Champion Auto Sdn Bhd

  • 7, Jalan PJS 7/21, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor

WAKTU OPERASI:

  • 9 pagi – 6 petang (Isnin – Jumaat)
  • 9 pagi – 3 petang (Sabtu)

HUBUNGI:

  • 03- 5613 3339 / 010- 3611 858 (Cik Peggy) / 013- 9595 222 (Encik Stevie)

Laman Web: www.osoplus.com.my

Emel: osoplus888@gmail.com

GALERI

Pengarah Osoplus Sdn Bhd, Datuk Mazlan Sabli (kiri) bersama Pengarah Urusan Osoplus Sdn Bhd, Chua Kiew Chai (tengah) dan Datuk Tiong Yap Choon
Bendalir D Champion Auto Sdn Bhd Datuk Mazlan Sabli minyak hitam Minyak Pelincir Minyak Pelincir Osoplus Osoplus Osoplus Sdn Bhd
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

    26/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.