Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beli Honda Bukan Hanya Kerana Jenama, Tetapi Ada Memori Indah
Auto Terkini

Beli Honda Bukan Hanya Kerana Jenama, Tetapi Ada Memori Indah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI membeli kereta mengikut cita rasa, keperluan dan bajet, tetapi ada juga berusaha memiliki jenama tertentu atas alasan kenangan atau nostalgia sejak kecil yang membentuk keyakinan merekat terhadap kualiti sesebuah produk.

Antara contoh terbaik ialah jenama Honda yang mencatatkan jualan terkumpul lebih 1 juta unit di pasaran Malaysia. Bagi berkongsi pengalaman, Honda Malaysia mempelawa empat individu bertuah untuk berkongsi kisah masing-masing dengan jenama tersebut, iaitu:

  • Mohamad Badrul Munir Mohd Nadzri (58 tahun) – Pentadbir Sistem
  • Lim Qi Hong (31 tahun) – Juruterbang
  • Achu (74 tahun) – Konsultan Mekanikal dan Elektrik (M&E); dan anak, Khaviraj Naidu (47 tahun) – Pegawai Pengurusan Pogram

Mohamad Badrul –

  • Mohamad Badrul Munir Mohd Nadzri membeli kereta pertama Honda, iaitu City untuk arwah isteri pada 2015. Tiga tahun kemudian, dia menambah koleksi Honda apabila membeli sebuah Civic. Kepercayaan terhadap jenama Honda dirasai anak-anaknya apabila salah seorang anak lelakinya membeli HR-V.
  • Mohamad Badrul juga mengimpikan Accord, tetapi City yang dimiliki sekarang ada nilai sentimental dalam hatinya.
  • City ialah rakan kembara setia sepanjang berulang-alik ketika bertugas. Kelebihan utama, jimat petrol sepanjang mengembara ke seluruh negara dengan jarak perjalanan lebih 5,000km sebulan. Kenangan paling indah pula adalah bersiar-siar bersama arwah isteri menaiki sedan itu.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k

Lim Qi Hong

  • Lim Qi Hong mula menaiki kereta Honda pada 1990, iaitu ketika baru dilahirkan untuk pulang ke rumah dengan City Turbo milik bapa saudaranya.
  • Dia juga tertarik pada model sport S2000 sebelum membeli kereta pertama, Civic generasi ke-10 dan dinamakan sebagai ‘Victoria’, iaitu nama isteri bintang bola sepak England, David Beckham.
  • Menurutnya, bapa Qi Hong juga pernah memiliki Civic generasi pertama keluaran 1980-an. Qi Hong berkata, kereta dimilikinya sekarang ialah simbol warisan antara bapa dan anak.

Achu dan Anak, Khaviraj Naidu

  • Dua beranak ini peminat setia Honda sejak sedekad lalu. Cinta Achu terhadap Honda berputik selepas dia menyewa sebuah Accord ketika bertugas dalam sektor industri pelabuhan.
  • Achu membeli Accord pada 2008 sebagai kereta pertama, dan sekarang Khaviraj pula memiliki CR-V untuk dijadikan kereta keluarga.
  • Khaviraj mengakui suka membawa isteri dan anak-anak keluar bersiar dengan CR-V kerana model ini menawarkan keselesaan terbaik dalam kelas kenderaan utiliti sukan (SUV).

BACA >>> 4 Pemenang Kempen 1 Million Dreams Bawa Balik Kereta Baharu!
BACA >>> Sertai Kempen 1 Million Dreams dan Menang 7 Model Honda Edisi Khas!

Achu Honda City Honda Civic Honda CR-V Honda Malaysia Khaviraj Naidu Lim Qi Hong Mohamad Badrul Munir Mohd Nadzri Roda4 Satu Juta Honda Satu Juta Impian SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.