Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bekas Pelumba Moto3 Negara Maut Ditetak, Ditikam dengan Pedang Samurai
Auto Terkini

Bekas Pelumba Moto3 Negara Maut Ditetak, Ditikam dengan Pedang Samurai

SyafieBy Syafie13/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSIDEN ngeri menimpa bekas pelumba Moto 3 dan Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang maut akibat ditetak dan ditikam menggunakan pedang samurai berpunca daripada pergaduhan yang berlaku di Kangar, Selasa lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 9-10 malam selepas mangsa pergi ke rumah suspek lelaki berusia 51 tahun beralamat di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata;

Berdasarkan maklumat yang kita terima berlaku pergaduhan membabitkan empat individu termasuk mangsa di laluan masuk persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya.

“Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, didapati mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan itu sudahpun dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan.

“Namun mangsa (Elly Idzlianizar) bagaimanapun meninggal dunia sekitar jam 12.30 tengah malam semalam (Rabu) akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan tangan dipercayai kerana ditetak menggunakan senjata tajam.”

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan tiga suspek berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Kangar.

Polis turut merampas barangan suspek seperti telefon bimbit, perakam video digital, dan pedang samurai bersaiz 112sm.

Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, mendapati mangsa parah akibat pendarahan termasuk di saluran darah disebabkan 10 hingga 12 kesan tetakan pada badan. Berikut perincian kesan tetakan tersebut:

  • Satu  di bahagian tangan kanan
  • Tiga di bahagian tangan kiri
  • Tujuh hingga lapan di bahagian belakang badan

Berikut maklumat berkaitan suspek terlibat:

  • Suspek utama berusia 51 tahun dipercayai positif dadah dan ada sembilan rekod jenayah lampau melibatkan cubaan membunuh dan dadah.
  • Suspek kedua berusia 28 tahun bekerja sebagai buruh di Arau dan ada 12 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai jenayah dan dadah.
  • Suspek ketiga berusia 31 tahun ialah anak kepada suspek utama dan ada lima rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai jenayah dan dadah.

Semua suspek direman hingga 17 September mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Utan Aji, Kangar semalam.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Bekas Pelumba motosikal negara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar Kes Pergaduhan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.