Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bawa Kapcai Pakai Helmet Full-Face, Problem?
Autotainment

Bawa Kapcai Pakai Helmet Full-Face, Problem?

ZYBy ZY04/11/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI individu masih fikirkan helmet full-face cuma sesuai untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi saja. Kata mereka, macam tidak sesuai pula mat kapcai bawa motor pakai helmet bajet nak race tu.

Kami yang selalu tunggang macam-macam jenis motosikal ini pun naik hairan juga, entah mana datangnya idea penunggang kapcai tidak sesuai pakai helmet full-face. Adakah kemalangan melibatkan motosikal kecil seperti kapcai atau skuter tidak begitu bahaya dan menyakitkan berbanding motosikal berkuasa tinggi?

Sebaliknya, hasil carian imej di Google, inilah apa yang kami dapat.

Cuba cari mana satu yang bukan kapchai

Soalannya, adakah kemalangan melibatkan motosikal kapcai seperti gambar di atas tidak cukup serius?

“Kita rider tiada beza” – kalau hujan kita basah, kalau jatuh kita sakit. Jadi, penunggang kapcai atau tanpa mengira apa jenis motosikal sekalipun berhak menggunakan sut perlindungan sesempurna mungkin mengikut apa yang mereka mahukan. Salah satunya, pakai helmet full-face.

KENAPA MESTI FULL-FACE?

Masih ramai yang anggap penunggang kapcai atau motosikal sesaran rendah lain (termasuk streetbike 150cc, dan sportbike 250cc), memakai helmet fullface cuma untuk nampak bergaya saja kerana helmet jenis ini sering dipakai pelumba MotoGP idola, Valentino Rossi atau Marc Marquez (atau Hafizh Syahrin). Tidak dapat disangkal lagi, helmet seperti ini memang nampak lebih bergaya, tetapi paling penting, LEBIH SELAMAT!

Betulkah selamat? Lihat diagram di bawah:

Diagram agihan impak helmet Dietmar Otte yang diringkaskan.

Kajian Hurt Report, yang melibatkan lebih 900 kes kemalangan, dan 3,600 laporan polis di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan motosikal dan penunggang mengalami impak lebih kritikal pada bahagian depan. Laporan itu dikukuhkan lagi dengan diagram kajian Professor Dietmar Otte yang menunjukkan agihan impak kemalangan pada bahagian helmet berbeza.

Tanpa merujuk gambarajah di atas atau di bawah sekalipun, kita sendiri sudah jelas tentang 45 peratus impak kemalangan berlaku pada bahagian visor dan dagu penunggang. Bayangkan kita hilang hampir separuh perlindungan kepala hanya dengan mengenakan helmet selain full-face! Sekarang tahukan kenapa ramai mat rempit tidak cukup gigi walaupun umur masing-masing muda remaja lagi.

Diagram asal laporan Dietmar Otte menunjukkan agihan impak berbeza setiap sisi.

Kami tidak menyangkal, cuaca panas dan ekonomi menjadi faktor utama kenapa masih ramai penunggang memilih helmet open face ataupun satu lagi helmet yang lebih tidak selamat, iaitu helmet separuh @ steng kerana lebih selesa dan mudah dibeli.

Namun, jangan pula kita mencemuh, mencebik atau mengkritik seandainya ternampak penunggang kapcai memilih memakai helmet full-face atas faktor keselamatan kerana mereka tahu otak mereka masih di kepala, bukan di kepala lutut. Stigma, rasa malu, dan poyo sepatutnya dibuang jauh kalau kita mahu bersembang tentang keselamatan.  😉

Kepala lutut pun orang jaga pakai knee guard sekarang tau.
agihan impak kemalangan pada helmet autotainment boleh tak rider kapchai pakai fullface Dietmar Otte helmet fullface Hurt Report naik fz pakai fullface naik rs150r pakai fullface naik y15 pakai fullface rider kapchai tak sesuai fullface roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

09/06/2026

2 Comments

  1. Mohamad Effendy Senafi on 17/03/2018 11:08

    Tahniah tuan.saya mmg pengguna helmet fullface tegar naik ex5 pun sarung shoei fullface.ckisah ngan orang keliling.apa diorang ingat kita jatuh orang lain sakit ka

    Reply
  2. Onn on 10/03/2020 08:48

    2 ke Alan rapat saya.
    Pertama bawak kriss. Bawak pon slow dlm 60 jekk(ni meter motor kriss tau..) Tiba kuar kerete dari simpang. Apa lagi dia hemtam sisi kereta tu. Semua anggota badan tak ada cedera.. Tp muka dia terhentuk sisi kereta. Gigi habis berderai, hidung patah, rahang patah.. Silap nya pakai helmet apollo. Banyangkan pakai full face. In sha Allah tiada masalah.

    Kes kedua: seorang pekerja saya(masih bekerja sampai sekarang) Naik lc.. Bawak pon biasa jer dlm 80kmj..tiba2 ada anjing melintas.. Nak elak tapi jatuh.. Apa lagi, muka sagat Jalan tar. Gigi berderai, rahang retak, 2 bulan makan pakai straw, tak bole buka mulut.. Pasal Doctor dah ikat dawai tarik rahang..
    Punca helmet biasa depan visor.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.