Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Batu Besar Hempap 8 Kereta Petanda Awal Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang?
Auto Terkini

Batu Besar Hempap 8 Kereta Petanda Awal Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang?

FarahBy Farah11/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAKYAT Malaysia hari ini dikejutkan insiden tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor yang meragut empat nyawa, petang semalam.

Dalam insiden jam 5.54 petang itu, 15 rumah dilaporkan terjejas dan 10 kenderaan rosak akibat bencana alam tersebut.

BACA >>> Video Tanah Runtuh di Seri Kembangan, Lima Kenderaan Musnah

Pihak berkuasa sudah mengarahkan penduduk dalam radius 100 meter berpindah buat sementara waktu bagi memastikan keadaan tanah di kawasan situ selamat.

Dalam pada itu, penduduk setempat juga percaya insiden tanah runtuh tersebut ada kaitan dengan kejadian bongkah batu besar jatuh menghempap kenderaan di sebuah pangsapuri di kawasan berdekatan.

Kejadian berlaku jam 4.30 pagi ketika penghuni sedang tidur membabitkan lapan kenderaan rosak akibat dihempap batu besar.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam kejadian berkenaan , taman perumahan teres di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai pula dikejutkan insiden tanah runtuh pada sebelah petang. Hal itu diakui pelakon veteran Sabri Yunus yang juga penduduk di taman tersebut.

Sabri berkata;

Tanah runtuh… lorong belakang rumah ambo.. Jam 9 malam.. petugas masih lagi meneruskan usaha pencarian yang hilang.. nak balik rumah tadi pun susah juga.. jalan sekitar ditutup..  polis, bomba, JKR, rela, pertahanan awam, pemberita dan juga orang ramai yang datang ziarah sedara dan kawan yang mungkin mangsa bencana.. ada cahaya dari dron di cerunan yang runtuh..  semua tenaga diguna dalam usaha ini..

“Bencana ini bermula malam tadi bila batu besar dari bukit menghempap beberapa buah kereta di Taman Bukit Permai 1.. petang ini Taman Bukit Permai 2 di bawahnya.”

AKAR POKOK JADI PUNCA?

Terdahulu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam kenyataan memaklumkan insiden bongkah batu jatuh itu dipercayai berkaitan akar tumbuhan.

MPAJ berkata;

Semakan terhadap struktur wire netting sedia ada mendapati tiada sebarang kebocoran atau kerosakan berlaku selain terdapat tumbuhan liar di kawasan terlibat, dan akar tumbuhan dipercayai menyebabkan rekahan batuan dan melibatkan kejadian batu jatuh.

“Terdapat jatuhan batu di bahagian atas cerun batuan yang dilitupi wire netting yang telah dilaksanakan penstabilan sebelum ini menggunakan kaedah rock bolting, dan kaki cerun itu bukan dikhususkan untuk meletak kenderaan serta tiada petak parkir di lokasi itu.”
Ampang Selangor Auto Terkini Bencana Alam bongkah batu kenderaan rosak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Bukit Permai Tanah Runtuh
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.