Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Baru Sebulan, Honda City (2020) Dapat 9,000 Tempahan, Warna Putih Paling Laku!
Auto Terkini

Baru Sebulan, Honda City (2020) Dapat 9,000 Tempahan, Warna Putih Paling Laku!

Abang GYLBy Abang GYL19/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU sebulan, Honda City (2020) sudah menerima lebih 9,000 unit tempahan dan daripada jumlah berkenaan, 2,400 unit sudah diserahkan kepada pelanggan.

Menurut Honda Malaysia, varian V menerima jumlah tempahan paling tinggi, iaitu 54 peratus, manakala warna Platinum White Pearl (putih) pula menjadi pilihan majoriti pelanggan.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, tempahan City (2020) meningkat 80 peratus selepas majlis pelancaran Oktober lalu dan penghantaran kepada pelanggan akan dibuat secara berperingkat.

Tambahnya, insentif pengecualian cukai jualan turut menjadi faktor utama tempahan terhadap model itu meningkat.

City (2020) generasi kelima didatangkan dalam empat pilihan varian yang dijual pada harga bermula RM74,000. Menariknya, Malaysia ialah negara pertama dunia melancarkan varian hibrid RS e:HEV.

Aspek mekanikal varian RS dijana trenkuasa i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) berkuasa 106hp dan tork 253Nm, manakala transmisi jenis e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission). Varian S, E dan V pula menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm serta dipadankan transmisi CVT.

Kepada mereka yang sudah menempah, harap bersabar. Biasalah, barang tengah panas memang kenalah tunggu lamakan?

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?

Auto Terkini Harga Honda City 2020 Honda City 2020 tempahan honda city 2020 Toichi Ishiyama
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.