Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Keke Challenge: Dubai Tahan Penari di Media Sosial, Sepanyol Catat Kes Kemalangan
Auto Terkini

Keke Challenge: Dubai Tahan Penari di Media Sosial, Sepanyol Catat Kes Kemalangan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND ‘Keke Challenge’ kini sedang tular dan mula jadi ikutan pengguna media sosial seluruh dunia, terutama golongan muda. Tindakan tersebut sebenarnya boleh membahayakan pengguna jalan raya lain, termasuk si penari.

’Keke Challenge’ ialah permainan berbentuk cabaran menari yang memerlukan seseorang itu keluar dari kereta yang sedang bergerak dan menari mengikut alunan lagu, In My Feelings nyanyian Drake. Gerak tari itu pula dicetuskan pelawak, Shiggy sebelum menjadi ikutan selepas videonya meraih 5 juta tontonan dalam tempoh singkat.

BOLEH DIPENJARA

Terbaharu di Dubai, waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga personaliti media sosial popular kerana melakukan aksi Keke Challenge. Waran dikeluarkan kerana ketiga-tiga pesalah didapati membahayakan nyawa dan menyinggung moral awam.

Malah pihak berkuasa di bandar raya terbesar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu turut memberikan amaran bahawa sesiapa saja yang melakukan aksi tersebut di UAE boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya.

BACA >>> Polis Australia Pilih Kia Stinger untuk Tugasan Rondaan Rentas Negeri

Menurut Polis Dubai, tarian tersebut jelas sekali melanggar tiga undang-undang trafik di UAE, iaitu memandu dengan cara membahayakan nyawa orang lain, menyebabkan gangguan dan kesesakan jalan raya, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Bukan saja UAE, di Sepanyol, pihak polis di negara itu memberi amaran tentang bahaya kegilaan Keke Challenge yang berisiko menyebabkan si pelaku atau pengguna jalan raya lain cedera parah atau terbunuh. Malah, tarian itu digelar sebagai ‘bonkers’! di Facebook.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2018/07/640x360_MP4_4838887496515698503.mp4

Sepanyol ialah antara banyak negara yang dilanda trend gila itu dengan mencatatkan beberapa rekod kemalangan apabila si penumpang terjatuh ketika cuba keluar dari kereta untuk menari. Malah, ada kereta yang dipandu merempuh dan menghancurkan tiang lampu kerana masing-masing tidak melihat di depan.

Susulan itu, pihak polis Sepanyol berkongsi kompilasi video Keke Challenge (lihat video atas) yang gagal teruk dengan amaran:

‘Teenagers should avoid carrying out ‘#InMyFeelings challenge’ in a vehicle. A vehicle is not a toy – use it with responsibility!‘ / Remaja sepatutnya mengelak melakukan ‘cabaran #InMyFeelings’ dalam kenderaan. Kenderaan bukan mainan – gunakan ia dengan tanggungjawab!

Sementara itu di Malaysia, menurut petikan akhbar Harian Metro: pihak polis turut menasihatkan warga tempatan termasuk anak muda supaya berhenti melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di kawasan jalan raya.

BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, konsep ‘beringat sebelum terkena’ perlu diterapkan dalam diri masing-masing bagi memastikan aksi individu terbabit tidak menyebabkan kemudaratan dan seterusnya mengakibatkan kecederaan dan kemalangan.

Drake Dubai In My Feelings Keke Challenge Sepanyol Shiggy Tarian Trend UAE video tular
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.