Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bagaimanakah Genesis Kurang Bunyi Bising Kabin untuk Kenderaan Elektrik (EV)?
Roda4

Bagaimanakah Genesis Kurang Bunyi Bising Kabin untuk Kenderaan Elektrik (EV)?

Abang HirataBy Abang Hirata30/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN elektrik (EV) tiada bunyi enjin kecuali operasi motor. Hasilnya, bunyi luar seperti golekan tayar dan sebagainya mampu mendominasi ruang kabin.

Justeru Genesis membangunkan teknologi baharu dalam aspek bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) dan ujian untuk model elektrik jenama itu, GV60. Bagi memahami lebih mendalam, lebih senyap sesebuah kereta elektrik, lebih jelas bunyi lain yang akan masuk dalam kabin seperti tayar, angin dan getaran.

BACA >>> Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP

Program pembangunan dan ujian ekstensif teknologi NVH yang dibangunkan kakitangan kejuruteraan Genesis membolehkan situasi tersebut ditangani yang memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.

Apa yang kakitangan dan bahagian pembangunan Genesis lakukan?

  • Analisis bunyi angin pada kelajuan tinggi di Autobahn, Jerman. Pasukan jurutera mengenal pasti lebih mendalam bahagian atau aspek pembangunan bagi mengurangkan bunyi.
  • Kerja melibatkan rekabentuk semula ciri aerodinamik cermin sisi dan mengoptimumkan kemasan pada pilar-A bagi mengurangkan hentakan atau gelora angin.
  • Kedap (seal) pintu dan tingkap juga direka semula untuk mengasingkan bunyi lebih baik.
  • Turut direka semula ialah spoiler belakang bagi mengoptimumkan laluan udara dan mengurangkan bunyi angin.
  • Tayar dibekalkan Michelin diisi busa (foam) poliuretana bagi mengurangkan bunyi.
  • Ia turut dipanggil Teknologi Akustik yang mengurangkan tenaga dalam rongga (kaviti) tayar dan mengurangkan bunyi.
  • Kombinasi pek bateri besar dan platform kereta elektrik khas mempunyai dua ciri ketegaran dan penyerap hentakan.

  • Karakter itu mengurangkan kesan belokan (cornering), lopak jalan dan permukaan jalan tidak rata memasuki kabin kereta.
  • Teknologi ANC-R (Active Noise Control-Road) membantu mengurangkan tahap bunyi dalam kabin dengan mengawasi dan menganalisis bunyi jalan.
  • ANC-R menggunakan empat sensor dan enam mikrofon dalam kereta.
  • Pembesar suara dalam kabin menghasilkan imej pantulan gelombang bunyi bagi membatalkan bunyi tidak diperlukan.
  • Sistem itu berfungsi berterusan untuk keselesaan penumpang.

Selain teknologi di atas, Genesis turut memperkenalkan teknologi Electric Active Sound Design (E-ASD) pada GV60. Ia berfungsi menonjolkan dinamika GV60 dan memberikan maklum balas tambahan kepada pemandu.

Teknologi itu mengeluarkan pelbagai bunyi pemanduan digital melalui pembesar suara mengikut mod pemanduan, kelajuan kereta dan data pedal pendikit. Pemandu boleh memilih satu daripada tiga bunyi iaitu Futuristic, G-Engine dan E-Motor yang memberikan karakter bunyi yang sesuai dengan pelbagai mood dan gaya memandu.

BACA >>> Genesis G90 (2022) Diperkenal, Sedan Saiz Penuh Mewah yang Cukup Anggun
BACA >>> Genesis Dedah Foto Acah GV80, SUV Mewah Sentuhan Pereka Lamborghini

EV Genesis Genesis GV60 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.