Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Aznom Palladium (2021) – Limosin Hiper Edisi Terhad dengan Enjin 700hp, 950Nm!
Aksesori

Aznom Palladium (2021) – Limosin Hiper Edisi Terhad dengan Enjin 700hp, 950Nm!

Abang HirataBy Abang Hirata10/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI luar biasa, Aznom Palladium (2021) ialah kereta buatan Itali yang dipanggil limosin hiper dengan menampilkan kemasan serba mewah dan rekabentuk unik.

Model ini muncul untuk mengisi segmen niche dalam memenuhi cita rasa pembeli yang mahukan kelainan. Jumlah yang dikeluarkan pula sangat terhad, cuma 10 unit dan setiap satu dibikin mengikut kehendak pelanggan. Melihat foto sudah boleh mengagak saiz besar limosin in dengan dimensi tinggi hampir 2 meter, panjang 6 meter, dan lebar 2 meter.

Dari segi  perspektif, 6 meter bersamaan 19.6 kaki atau 6,000mm.

BACA >>> Cadillac Escalade – SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

Antara kelebihan Palladium (2021) ialah kemampuan meredah pelbagai cabaran rupa bumi dalam sistem pacuan dua (2WD) atau empat roda (4WD).

CIRI AZNOM PALLADIUM

  • Direka dengan evolusi gaya hasil sentuhan Alessandro Camorali daripada Studio CAMAL yang ditubuhkan pada 2008 di Torino, Itali.
  • Dijana enjin V8 5.7L Biturbo talaan Monza Garage, berkuasa 710hp dan tork 950Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Sistem hibrid ringan (MHEV) eTorque boleh dipasang mengikut permintaan pelanggan.
  • Walaupun berenjin besar (V8), tetapi boleh beroperasi dengan 4-silinder melalui mod Fuel Saver untuk penjimatan bahan api.
  • Pam air elektronik buatan Monzatech berupaya menguruskan suhu enjin dan cecair intercooler dengan tetapan pantas (split second).
  • Menggunakan sistem 2WD sebaik saja enjin dihidupkan dan boleh ditukar kepada sistem 4WD.
  • Transmisi menggunakan diferensial kunci automatik (automatic locking differential) yang secara automatik membahagikan tork antara gandar depan dan belakang untuk memaksimumkan cengkaman setiap roda.
  • Pemandu boleh mengunci diferensial (differential) secara manual.
  • Brek cakera Brembo GT 408x34mm dengan kaliper 6-piston di depan, dan cakera 380x28mm dengan kaliper 4-piston di belakang.
  • Rim aluminium solid 22 inci dengan tayar Yokohama Advan Sport 285/45ZR22.
  • Ada brek parkir elektronik (EPB).
  • Dipasangkan absorber Frequency Response Damping (RFD) yang berfungsi untuk membuka atau menutup injap.
  • Stereng dengan motor elektrik (EPS) sebagai punca kuasa.
  • Ada 6-beg udara dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
  • Upholsteri dibalut kulit Foglizzo, saiz but 621 liter.
  • Ada dua sistem penyaman udara terpisah dengan tetapan suhu berbeza untuk penumpang belakang.
  • Dilengkapi sistem audio Harman Kardon dan dua tablet Microsoft Surface X PRO untuk penumpang belakang.

Dengan saiz besar begini, berapakah berat Palladium? Berat kerb (curb weight), iaitu tanpa penumpang, ialah 2,650 kg. Namun, ini bukan limosin yang boleh dipandu perlahan. Walaupun kelajuan maksimum dihadkan 210kmj, tetapi pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 4.5 saat!

BACA >>> Lister Stealth – SUV Luar Biasa dengan Kuasa 666bhp, Tork 881Nm!

Alessandro Camorali Aznom Aznom Palladium Hyper Limousine Limosin Hiper Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    14/04/2026
    Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

    13/04/2026
    Elektrifikasi

    Shooting-Brake dari China, Denza Z9GT 2026 Kini di Eropah dengan Fungsi ‘Crab-Walk’

    14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.