Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoShanghai2025: Geely Galaxy 7 EM-i Jadi SUV 5-Kerusi PHEV Baharu Proton?
Roda4

#AutoShanghai2025: Geely Galaxy 7 EM-i Jadi SUV 5-Kerusi PHEV Baharu Proton?

Han OthmanBy Han Othman02/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARI kita berkenalan dengan satu lagi model segak daripada Geely. Kali ini bukan calang-calang model, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) yang sedang menyinar di pasaran China. Inilah Geely Galaxy 7 EM-i, atau dikenali juga sebagai Xingrui 7 EM-i.

Geely Galaxy 7 EM-i dilancarkan pada November tahun lalu (2024) dan kini menjadi antara SUV paling laris di China dengan purata jualan bulanan mencecah 12,000 unit. Ini membuktikan model ini memang berpotensi, dan disebut bakal dibawa masuk ke Malaysia sebagai model Proton baharu berteknologi PHEV selepas Proton X90.

Jika masuk, SUV segmen-D ini akan menjadi kembar kepada Proton X90 dalam versi 5-kerusi (X90: 7-kerusi).

 Trenkuasa: Kuasa Hibrid dengan Fiil EV

Geely Galaxy 7 EM-i dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Tenaga Baharu Pintar Global (Global Intelligent New Energy Architecture, GEA), sama seperti digunakan pada Proton e.MAS 7.

Berikut spesifikasi Geely Galaxy 7 EM-i:

  • Dijana enjin BHE15-BFN petrol 4-silinder 1.5L yang dipadankan motor elektrik pintar dengan output kuasa 109hp, dasnm torkl 136Nm, manakala motor elektrik memberikan kuasa 160kW (214hp), dan tork 262Nm dengan gabungan kuasa mencapai 215hp.
  • Transmisi dual-hibrid E-DHT (Electric Dual Hybrid Transmission) 11-dalam-1
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat
  • Kelajuan maksimum 180kmj
  • Penggunaan bahan api 3.75 liter per 100km (mengikut ujian CLTC)
  • Jarak pemanduan gabungan hingga 1,420km
  • Ada dua pilihan bateri litium-besi-fosfat (LFP):
    • 8.5kWh (55km jarak elektrik)
    • 19.09kWh (120km jarak elektrik)
  • Pengecasan pantas (DC) 30-80 peratus mengambil masa 20 minit (varian atasan sahaja).
  • Dibekalkan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Vehicle (V2V) untuk mengecas kenderaan luar atau perkakasan rumah.

Dengan semua kombinasi di atas, Geely Galaxy 7 EM-i sesuai buat mereka yang mahukan pemanduan kenderaan elektrik (EV), tetapi pada masa sama masih perlukan sokongan petrol untuk perjalanan jauh. Ini satu penyelesaian praktikal buat pasaran Malaysia yang masih dalam fasa peralihan EV.

Bila Masuk Malaysia?

Setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Proton, tetapi berdasarkan sejarah kerjasama Proton-Geely, dan kejayaan SUV hibrid seperti X90, Geely Galaxy 7 EM-i dilihat calon kukuh untuk penambahan model SUV elektrik-hibrid Proton.

Adakah jadi kenyataan?

Geely Galaxy 7 EM-i Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV saiz pertengahan SUV segmen-D Xingrui 7 EM-i
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.