Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»#AutoShanghai2025: Debut Global Chery HIMLA dalam Empat Pilihan Trenkuasa!
Trak dan Lori

#AutoShanghai2025: Debut Global Chery HIMLA dalam Empat Pilihan Trenkuasa!

SyafieBy Syafie02/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY melakukan pelancarn global trak pikap pertama jenama itu dikenali sebagai Chery HIMLA 2025 di pameran Auto Shanghai 2025 baru-baru ini.

Trak pikap itu didatangkan dalam empat pilihan trenkuasa seperti diesel, petrol, hibrid plug-in (PHEV), dan elektrik penuh (EV).

Berikut perincian setiap trenkuasa tersebut:

  • 2.3L turbo diesel berkuasa 180hp dan tork 400Nm.
  • 2.4L turbo petrol dengan kuasa sama, tetapi tork rendah sedikit, 230Nm.
  • Menggunakan trenkuasa hibrid atau PHEV yang dikuasakan sistem hibrid Chery Super Hybrid (CSH).
  • EV (belum ada perincian lengkap).

Pasaran eksport model itu dipasarkan di negara yang mempunyai permintaan trak pikap tinggi seperti Timur Tengah, manakala pasaran Asean juga masih dalam perancangan, tetapi perlu menunggu versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

Chery turut memperkenalkan pakej perkhemahan untuk model tersebut yang kemungkinan dilancarkan pertengahan Ogos tahun ini.

Berikut aksesori tersedia dalam pakej perkhemahan berkenaan:

  • Spotlight
  • Rooftop tank elektrik power
  • Tangki air 50L
  • Roof rack
  • Sport bar
  • Tangga
  • Kanopi
  • Bbq set boleh lipat
  • Kerusi dan meja lipat

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, Chery HIMLA 2025 mempunyai logo Chery besar pada bahagian depan dan belakang, lampu utama bertingkat, dan bampar bawah hitam dengan kemasan krom di depan.

Pakej perkhemahan mempunyai ciri tambahan seperti pemijak sisi automatik untuk memudahkan penumpang berusia memasuki kabin.

Bahagian dalaman dilengkapi unit unit infotainmen jenis apung, bahagian konsol tengah dengan punat multifungsi, dan kombinasi warna dalaman hitam dan krim seakan warna pasir yang sesuai dengan gambaran perjalanan off-road.

Jika dilamcarkan di Asean kelak, model tersebut bakal menjadi pesaing utama untuk model seperti BYD Shark 6 PHEV dan pesaing baharu bagi trak pikap popular di Malaysia seperti Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Ford Ranger, dan lain-lain.

CHERY HIMLA
CHERY HIMLA PAKEJ PERKHEMAHAN
Auto Shanghai 2025 Auto Terkini Chery Chery Himla Roda4 Trak pikap
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    DENZA Z9GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.