Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#AutoExpo2018: Yamaha R15 V3 Versi India, ‘Low Specs’ Tapi Harga Sama Pulsar RS200!
Auto Terkini

#AutoExpo2018: Yamaha R15 V3 Versi India, ‘Low Specs’ Tapi Harga Sama Pulsar RS200!

ZYBy ZY08/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN lagi kejutan, sudah sahih sportbike Yamaha kelas 150cc terbaharu, R15 versi ketiga bakal memasuki pasaran India dengan spesifikasi dikurangkan berbanding versi Indonesia yang dilancarkan tahun lalu.

BACA >>> Yamaha R15 V3 Jengah Pasaran India, Beri Bayangan Awal Spesifikasi Versi Malaysia

Baru saja dilancarkan semalam di Auto Expo 2018 sebagai Yamaha YZF-R15 Version 3.0 (V3), jelas sekali seperti didedahkan foto spyshot, R15 terbaharu untuk pasaran India itu menggunakan fork depan teleskopik biasa bagi menggantikan fork terbalik (USD) versi Indonesia.

Antara ciri lain yang diturunkan pangkat adalah peg kaki pembonceng dengan mengekalkan rekaan asal R15 Ver. 2.0, berbeza R15 V3 Indonesia yang lebih sporty dan solid.

Yamaha R15 V3 pasaran Indonesia. Perhatikan perbezaannya.

Pasti Yamaha India ada strategi tersendiri untuk pasaran di sana kerana spesifikasi yang dikurangkan itu membolehkan R15 V3 dijual pada harga lebih rendah, Rs125,000 (RM7,600), kira-kira RM1,400 lebih murah daripada R15 versi Indonesia, Rp31.5 juta (RM9,000).

Namun, jika diperincikan, harga R15 V3 adalah Rs8,000 (RM490) lebih mahal daripada R15 V2 terdahulu. Malah menyaingi tanda harga sportbike entry-level jenama tempatan, Bajaj Pulsar RS200 berharga Rs124,000 untuk model tanpa ABS. Bagaimanapun, bagi peminat Yamaha di India, harga R15 serba baharu itu mungkin berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.


Sama seperti versi Indonesia, R15 V3 didatangkan dengan enjin 4-lejang 155cc silinder tunggal SOHC dengan teknologi VVA berkuasa 19hp (10,000rpm), meningkat 2hp berbanding model lama, manakala tork kekal pada 14.7Nm (8,500rpm). Model serba baharu ini juga dilengkapi transmisi 6-kelajuan dengan klac sliper, iaitu ciri premium untuk motosikal kelas 150cc.

BACA >>> #AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar

Menyentuh soal kosmetik, R15 V3 untuk pasaran India ini masih mengekalkan hampir keseluruhan pembaharuan rekabentuk R15 di Indonesia . Sportbike 155cc ini turut hadir dengan wajah depan moden yang mengambil ilham jentera R1 dan R6 terbaharu, dan paparan meter digital penuh. Selain fork dan peg kaki, perbezaan ketara yang boleh dikenal pasti ialah tambahan madgad atau splash guard pada roda belakang dan skema warna Yamaha 2018.

Seperti Aprilia RS150 dan Tuono 150 yang didedahkan semalam, tiada pengesahan daripada Yamaha India sama ada model ini bakal dieksport untuk pasaran luar negara. Jadi pembaca di Malaysia boleh tarik nafas dan komen dengan tenang, ok? 😉

SUMBER: Zig Wheels

all new yamaha r15 Auto Expo 2018 R15 roda2 sportbike Yamaha R15 V3 Yamaha R15 V3 India
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.