Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#AutoExpo2018: Emflux One – Sportbike Elektrik Mampu Milik, Cuma RM37k
Roda2

#AutoExpo2018: Emflux One – Sportbike Elektrik Mampu Milik, Cuma RM37k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EMFLUX Motors mendedahkan sportbike elektrik pertama, dinamakan Emflux One sempena Auto Expo 2018 yang cuma 499 unit dihasilkan, 199 unit untuk pasaran India dan selebihnya 300 unit lagi untuk dieksport.

Harga Emflux One standard ialah ₹6,00,000 (RM36,967) dan jika memilih tiga tahap naik taraf (suspensi Öhlins, rim aloi dan panel gentian karbon ultra ringan), harganya menjadi ₹11,00,000 (RM67,773). Penghantaran motosikal EV ini dijadualkan bermula April tahun depan.

BACA >>> Emflux Model 1 – Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

Pembangunan kuasa elektrik terdiri daripada pembuatan bateri, sistem pengurusan pembinaan (BMS), pengecas, pengawal motor dan motor untuk 2 dan 4 roda. Perolehan pendapatan pula dicapai menerusi penjualan motosikal prestasi premium dan pelesenan teknologi kepada mana-mana syarikat OEM, termasuk pembangunan solusi kustom.

200KM UNTUK CAS PENUH

Frem trelis menjadi rumah kepada komponen terbesar dan terberat, iaitu pek bateri 9.7kWh. Rekabentuk frem direka lebih ringan dan rigid bagi mencapai keupayaan dinamik optimum, manakala bateri litium-ion penyejukan cecair digabungkan dengan sel berkuasa tinggi Samsung.

Tugasan mengecas bateri diserahkan kepada unit Emflux Warp yang mampu mengecas hingga 80 peratus  dalam tempoh 36 minit. Jika pengecas standard 15A, masa diperlukan untuk cas penuh ialah tiga jam. Jarak tunggangan dalam bandar mampu pergi sejauh 200km, dan lebuh raya (150km) pada kelajuan 80kmj.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 – Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

Kuasa bateri tiga fasa Emflux motor induksi AC penyejukan cecair menghasilkan kuasa kuda 60kW (dihadkan kepada 53kW, 71hp) dan tork 84Nm (dihadkan kepada 75Nm). Motor elektrik digabungkan dengan transmisi pacuan terus dan hantaran kuasa ke roda menggunakan pacuan rantai. Pecutan 0-100kmj  boleh dicapai sepantas 3 saat dengan pecutan maksimum 200kmj.

Emflux One dilengkapi skrin sentuh 6.8-inci dengan navigasi GPS, Bluetooth, WiFi, Sistem Perisian 4G – Emflux Learning OS V1.0. Tidak ketinggalan dua saluran ABS sebagai standard, suspensi terbalik (USD) 43mm dan unit monoshock di belakang. Versi lebih tinggi pula menerima USD Öhlins boleh laras dan unit monoshock di belakang.

GALERI

 

Auto Expo 2018 Emflux Motors Emflux One EV India jentera elektrik Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik motosikal EV roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.