Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#AutoChina2018: 8 Fakta Pantas | Geely Borui GE – Bakal Jadi Proton Perdana Baharu?
Auto Terkini

#AutoChina2018: 8 Fakta Pantas | Geely Borui GE – Bakal Jadi Proton Perdana Baharu?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEELY Auto secara rasmi mendedahkan sedan hibrid plug-in (PHEV), Borui GE sempena Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018. Model sedan segmen-D itu tampil menawan dengan rekabentuk bersegi dan gril signatur Geely yang diperhalusi.

Sebagai PHEV, Borui GE ialah model Geely yang dihasilkan bagi memenuhi misi inisiatif ‘Geely Blue’ yang berhasrat mengeluarkan kenderaan tenaga baru secara massa menjelang 2020.

Geely turut mensasarkan jualan 90 peratus kenderaan pada tahun sama, membabitkan kenderaan elektrik (EV), PHEV dan elektrik hibrid (HEV). Rancangn pengeluar automotif dari China itu ialah menjual sebanyak  65 peratus model PHEV dan HEV, manakala selebihnya EV menjelang 2020.

1. Menampilkan tema elegan dengan rekaan gegelung 3D pada lampu depan dan belakang yang diilhamkan daripada pergerakan riben gimnas China.

2. Bahagian kabin menumpukan kepada fiil mewah dan berteknologi menerusi papan pemuka pandangan penuh (full vision) yang kali pertama diperkenalkan pada model konsep Emgrand (2015), yakni jenama di bawah Geely yang sudah ditamatkan pengeluaran .

3. Ditawarkan dalam 2 opsyen:

  • PHEV – enjin 1.5T + 7DCTH (pembangunan kerjasama Volvo-Geely)
  • Hibrid ringan 48V –  enjin 1.5T dengan penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding versi petrol biasa, iaitu 5.8 liter per 100km.

4. Ciri kabin mengetengahkan sistem eko pintar, GKUI yang menghasilkan visual terang dan bersambung sepenuhnya pada panel infotainment. Penumpang berpeluang menetapkan suasana dalam kabin menerusi tiga mod pemanduan iaitu Flame Red (Sport), Crystal Blue (Eco) dan Amber Gold (Comfort).

5. Dilengkapkan konsol Hab Energi yang menawarkan operasi mengecas wayarles untuk sebarang peranti mobil.

6. Menggunakan material berteknologi tinggi dengan kemasan logam dan opsyen kunci pintar yang mampu memantau kondisi kenderaan di mana-mana sahaja.

7. Tahap ekonomi bahan api mencatatkan 1.6 liter per 100km. Ini bermakna pengiraan secara kasar, jarak Kuala Lumpur ke Kedah cuma menelan petrol kira-kira 7 liter sahaja. Cukup jimat!

8. Borui GE dijadualkan berada di pasaran China pada penggal kedua 2018 sebelum disusuli pelancaran global secara berperingkat.

GALERI
Auto China 2018 EV Geely Geely Borui GE HEV Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018 PHEV Proton Proton Perdana Sedan sedan segmen-D Segmen D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Amran on 25/04/2018 20:50

      Ada turbo ke?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.