• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #AutoChina2018: 8 Fakta Pantas | Geely Borui GE - Bakal Jadi Proton Perdana Baharu?

#AutoChina2018: 8 Fakta Pantas | Geely Borui GE - Bakal Jadi Proton Perdana Baharu?

April 25, 2018 By AI 1 Comment

963
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY Auto secara rasmi mendedahkan sedan hibrid plug-in (PHEV), Borui GE sempena Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018. Model sedan segmen-D itu tampil menawan dengan rekabentuk bersegi dan gril signatur Geely yang diperhalusi.

Sebagai PHEV, Borui GE ialah model Geely yang dihasilkan bagi memenuhi misi inisiatif 'Geely Blue' yang berhasrat mengeluarkan kenderaan tenaga baru secara massa menjelang 2020.

Geely turut mensasarkan jualan 90 peratus kenderaan pada tahun sama, membabitkan kenderaan elektrik (EV), PHEV dan elektrik hibrid (HEV). Rancangn pengeluar automotif dari China itu ialah menjual sebanyak  65 peratus model PHEV dan HEV, manakala selebihnya EV menjelang 2020.

1. Menampilkan tema elegan dengan rekaan gegelung 3D pada lampu depan dan belakang yang diilhamkan daripada pergerakan riben gimnas China.

2. Bahagian kabin menumpukan kepada fiil mewah dan berteknologi menerusi papan pemuka pandangan penuh (full vision) yang kali pertama diperkenalkan pada model konsep Emgrand (2015), yakni jenama di bawah Geely yang sudah ditamatkan pengeluaran .

3. Ditawarkan dalam 2 opsyen:

  • PHEV - enjin 1.5T + 7DCTH (pembangunan kerjasama Volvo-Geely)
  • Hibrid ringan 48V -  enjin 1.5T dengan penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding versi petrol biasa, iaitu 5.8 liter per 100km.

4. Ciri kabin mengetengahkan sistem eko pintar, GKUI yang menghasilkan visual terang dan bersambung sepenuhnya pada panel infotainment. Penumpang berpeluang menetapkan suasana dalam kabin menerusi tiga mod pemanduan iaitu Flame Red (Sport), Crystal Blue (Eco) dan Amber Gold (Comfort).

5. Dilengkapkan konsol Hab Energi yang menawarkan operasi mengecas wayarles untuk sebarang peranti mobil.

6. Menggunakan material berteknologi tinggi dengan kemasan logam dan opsyen kunci pintar yang mampu memantau kondisi kenderaan di mana-mana sahaja.

7. Tahap ekonomi bahan api mencatatkan 1.6 liter per 100km. Ini bermakna pengiraan secara kasar, jarak Kuala Lumpur ke Kedah cuma menelan petrol kira-kira 7 liter sahaja. Cukup jimat!

8. Borui GE dijadualkan berada di pasaran China pada penggal kedua 2018 sebelum disusuli pelancaran global secara berperingkat.

GALERI
963
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto China 2018, EV, Geely, Geely Borui GE, HEV, Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, PHEV, Proton, Proton Perdana, Sedan, sedan segmen-D, Segmen D

Comments

  1. Amran says

    April 25, 2018 at 8:50 PM

    Ada turbo ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT - Harga Bermula RM64,900
    BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT - Harga Bermula RM64,900

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my