Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi RS Q3 Sportback – SUV 5-Silinder Berkuasa 400hp, 480Nm
Roda4

Audi RS Q3 Sportback – SUV 5-Silinder Berkuasa 400hp, 480Nm

Abang HirataBy Abang Hirata02/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUDI memang berada dalam kelas tersendiri, seakan tidak mahu mempedulikan apa dilakukan seterunya, Mercedes-Benz dan BMW.

Contoh terbaharu, Audi pada 26 September lalu melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan, RS Q3 Sportback dengan gaya coupé, serentak bersama RS Q3 dengan gaya bumbung normal.

BACA >>> Audi R8 (2019) Kekal dengan Enjin 5.2L V10, Pilihan Hebat Selain Lamborghini Huracan

Sebagai SUV gaya coupé, RS Q3 Sportback menampilkan bumbung belakang condong ke bawah dan lebih lebar (lihat foto atas). Ketinggian model ini ialah 1,554mm, berbeza cuma 45.7mm berbanding RS Q3 untuk menyerlahkan penampilan lebih dramatik.

Badan RS Q3 tampil maskulin dan rim besar yang dikuatkan dengan identiti Audi Sport menerusi gerbang roda lebar 11mm untuk kedua-dua model. Ia juga 11mm lebih rendah berbanding Q3 dan Q3 Sportback versi biasa.

Walaupun muncul sebagai model prestasi tinggi, RS Q3 dan RS Q3 Sportback masih kekal sebagai SUV 5-kerusi yang praktikal untuk pemanduan harian. Kerusi belakang RS Q3 boleh digerakkan hingga 149mm, manakala RS Q3 Sportback, 129mm. Kerusi juga ada tiga divisyen dan boleh dicondongkan hingga tujuh pelarasan.

BACA >>> Audi SQ8 TDI – SUV Dwi Turbo Diesel Berkuasa 433hp dan Pecutan Maksimum 249kmj!

Ruang but mempunyai kapasiti 530 liter dan boleh ditambahkan kepada 1,525 liter dan 1,400 liter apabila kerusi belakang direbahkan.

Selain penampilan, trenkuasa RS Q3 dan RS Q3 Sportback memang gagah menerusi enjin 5-silinder 2.5L TFSI bersama transmisi 7-kelajuan S-Tronic dengan sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro. Enjin ini sudah mencapai status klasik moden dan tahun lalu Audi Sport menerima Anugerah Enjin Antarabangsa Tahunan buat kali ke-9 berturut-turut.

Prestasi enjin cukup luar biasa yang mampu meledakkan kuasa setinggi 400hp dan tork 480Nm menerusi peningkatan kuasa sebanyak 17 peratus dengan sesaran enjin kekal pada 2,480cc.

Enjin ini juga 26kg lebih ringan berbanding generasi terdahulu menerusi perubahan material komponen dalaman. Tork maksimum enjin disalurkan daripada 1,950rpm hingga 5,850rpm yang pasti menjanjikan keseronokan pemanduan. Kuasa pecutan 0-100kmj RS Q3 dan RS Q3 Sportback cuma memerlukan 4.5 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj, dengan opsyen tambahan pecutan maksimum hingga 280kmj.

Audi RS Q3 dan RS Q3 Sportback boleh ditempah bermula bulan ini dan akan mula dijual di pusat jualan  Jerman dan negara Eropah lain menjelang penghujung tahun ini.

Harga SUV prestasi tinggi ini bermula €63,500 (RM289,870) untuk RS Q3; dan €65,000 (RM296,710) untuk RS Q3 Sportback.

BACA >>> Audi RS6 Avant – Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

GALERI
Audi Audi Q3 Audi RS Q3 Audi RS Q3 Sportback
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.