• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi SQ8 TDI - SUV Dwi Turbo Diesel Berkuasa 433hp dan Pecutan Maksimum 249kmj!

Audi SQ8 TDI - SUV Dwi Turbo Diesel Berkuasa 433hp dan Pecutan Maksimum 249kmj!

June 25, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN inilah zaman edan kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam lebih sekurun sejarah automotif. Apa tidaknya, daripada jenama umum hingga berstatus eksotik dan mewah seperti Lamborghini dan Rolls-Royce. Masing-masing memiliki model SUV sendiri untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Sekarang juga bukan zaman SUV biasa-biasa. Ada beberapa model memiliki kuasa setara kereta sport.

Terbaharu Audi memperkenalkan model baharu, SQ8 TDI dengan enjin diesel 4.0L Biturbo V8. Malah, enjin diesel SUV ini dikatakan paling berkuasa di pasaran Eropah buat masa kini. Output kuasa enjin nyata menggagumkan, 433hp dan tork 900Nm antara 1,250-3,250 rpm yang mana angka begini sudah menyamai kehebatan sebuah kereta sport. Kuasa pecutan 0-100 kmj pula sepantas 4.8 saat, manakala kelajuan maksimum yang dihadkan ialah 249kmj.

BACA >>> Audi A1 Sportback (2019) Tampil Lebih Menggoda

ENJIN INOVATIF

Prestasi hebat SQ8 TDI dicapai menerusi beberapa ciptaan inovatif enjin seperti aliran tekanan turbo singkat dan komponen kompresor dikuasakan elektrik (EPC) yang membantu turbo ketika bergerak dan dalam halaju rendah. Daripada dua turbo digunakan, cuma satu diaktifkan ketika enjin bergerak perlahan. Fakta menarik, bunyi ekzos boleh dilaraskan mengikut kegemaran pemandu menggunakan aplikasi Audi Drive Select.

Komponen utama di sebalik EPC ialah sistem elektrikal 48V, yang menjadi paksi kepada sistem hibrid ringan (MHEV), manakala bateri litium-ion kompak berfungsi sebagai unit storan tenaga.

BACA >>> Audi R8 (2019) Kekal dengan Enjin 5.2L V10, Pilihan Hebat Selain Lamborghini Huracan

Dipadankan bersama enjin ialah transmisi 8-kelajuan tiptronik yang disediakan khas untuk enjin berkuasa tinggi. Tipikal sebuah model Audi ialah sistem pacuan semua roda (AWD) atau Quattro sepenuh masa yang membahagikan kuasa dalam nisbah 40:60 antara roda depan dan belakang.

REKABENTUK MENGAGUMKAN

Selain kuasa hebat, rekabentuk luar dan dalam SQ8 TDI juga menggagumkan. Malah mempunyai bayangan coupé ala Lamborghini Urus.

Apa yang pasti, kedua-dua model itu (SQ8 TDI dan Urus) sudah membuka tawaran untuk disaingi model SUV hebat lain. Ya, ini bukan SUV biasa, dan nama segmen yang sesuai ialah super SUV!

BACA >>> RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

GALERI
Audi SQ8 TDI.01
2019-audi-sq8-tdi-2
Audi SQ8 TDI.02
2019-audi-sq8-tdi-1
2019-audi-sq8-tdi-4
2019-audi-sq8-tdi-3
2019-audi-sq8-tdi-5
Audi SQ8 TDI.08
2019-audi-sq8-tdi-6
2019-audi-sq8-tdi-7
Audi SQ8 TDI.04
2019-audi-sq8-tdi-10
Audi SQ8 TDI.06
2019-audi-sq8-tdi-8
2019-audi-sq8-tdi-9
Audi SQ8 TDI.05
Audi SQ8 TDI.03
Audi SQ8 TDI.07

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi SQ8 TDI, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Super SUV, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my