Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Aston Martin DB6 MkII Volante dengan Enjin EV! Enjin Asal Masih Boleh Pasang Semula
Roda4

Aston Martin DB6 MkII Volante dengan Enjin EV! Enjin Asal Masih Boleh Pasang Semula

Abang HirataBy Abang Hirata08/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DENGAN teknologi kenderaan elektrik (EV), ada pelbagai kemungkinan boleh dicapai. Ia ibarat kertas putih yang terbuka untuk diwarnakan. Tiada minyak hitam, dan tiada alat mekanikal yang rumit. Kini tumpuan tidak lagi kepada kelajuan tetapi sejauh mana dan selama mana sesuatu perjalanan dapat bertahan.

Teknologi EV juga bukan untuk kereta masa depan saja, tetapi kereta yang sudah berpuluh-puluh tahun usianya. Sebelum ini Jaguar pernah menampilkan model klasik E-TYPE Zero dan pelanggan boleh memiliki unit siap atau hantar E-Type milik mereka untuk diubah suai.

BACA >>> CEO Aston Martin Tunjuk Handal – Menang Tempat Kedua Lumba Enduran 24 Jam!

Ingatkan projek begitu hanya tamat dengan Jaguar saja, tetapi rupa-rupanya ada sebuah lagi jenama British membuat perkara sama, iaitu Aston Martin turut mendedahkan projek warisan – EV.

Menurut Aston Martin, keputusan itu dibuat selepas melihat minat terhadap kereta klasik semakin meningkat saban tahun dengan nilai begitu tinggi, selain berhasrat menjadikan model-model seperti itu kalis masa depan. Bagaimanakah pula purist atau pemilik yang mementingkan keaslian? Usah risau, kerana trenkuasa EV boleh dibuka dan dipasangkan semula.

Projek itu dilaksanakan Aston Martin Works di Newport Pagnell dan turut terkandung dalam strategi EV syarikat itu. Ia juga dibuat sebagai langkah persediaan sekiranya ada undang-undang yang tidak lagi membenarkan kereta klasik dipandu atas jalan raya atas peraturan emisi dan lain-lain.

Banyak input projek diperoleh daripada pengalaman membangunkan model Rapide E. Memandangkan ia projek kereta klasik yang dimodenkan, metod berfikir juga perlu maju ke depan tanpa mengetepikan penggunaan teknologi canggih. Ada juga beberapa komponen Rapide E turut digunakan dalam pakej EV ini.

DB6 MKII VOLANTE JADI MODEL PROJEK

Model klasik pertama akan digunakan projek ini ialah DB6 MkII Volante (1970). Menariknya, set trenkuasa elektrik akan dipasangkan pada mounting enjin dan kotak gear asal bagi mengekalkan keaslian kereta. Pengurusan kuasa dikawal daripada skrin yang dipasangkan pada skrin khas dalam kereta.

Kepada mereka yang mahukan kereta klasik mesra alam, Aston Martin Works akan memulakan projek itu bermula tahun depan. Menarik bukan? Sekarang, bayangkan kereta klasik tanpa bunyi dan enjin asal yang boleh dikeluarkan dan dipasang kembali.

Sekadar pandangan liar, adakah nanti Nissan Skyline GT-R Hakosuka pun boleh dimuatkan dengan trenkuasa LEAF?

BACA >>> Pemilik EV di Austria Boleh Pandu Laju Tanpa Perlu Risau Kena Saman

GALERI
Aston Martin Aston Martin DB6 MkII Volante Aston Martin Lagonda Aston Martin Works
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.