Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»AS Perkenal SUV ‘Rugged’ Honda Passport 2026 dengan Enjin 3.5L V6!
Roda4

AS Perkenal SUV ‘Rugged’ Honda Passport 2026 dengan Enjin 3.5L V6!

Abang HirataBy Abang Hirata20/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERBEKALKAN belasan juta jualan setahun, pasaran Amerika Syarikat (AS) layak menerima model yang dibuat khas untuk negara itu.

Honda sendiri meraih jualan lebih 1.1 juta unit kenderaan pada 2023 dan tidak hairan pengeluar itu boleh menyerahkan kerja merekabentuk dibuat kepada studio tempatan.

Contoh terbaharu boleh dilihat pada Honda Passport 2026 generasi keempat yang tampil berbeza daripada model Honda lain. Terdahulu, Studio Rekabentuk Honda di Los Angeles menampilkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Prologue.

Rupa depan kedua-dua model itu mempunyai gaya sama kecuali Passport lebih kepada gaya lasak. Konsep tersebut dilihat kembali pada generasi pertama dan kedua daripada hasil kerjasama dengan Isuzu, manakala Honda Passport generasi ketiga seperti CR-V bersaiz XL.

Honda Passport baharu menggunakan konsep ‘Born Wild’ yang menggabungkan bentuk (form) dan fungsi (function). Rupa depan Passport seperti dua generasi awal dengan rekabentuk berpetak dan pilar-C tebal serta bentuk Y terbalik seperti generasi kedua.

Cermin suku hujung badan kembali jelas seperti dua generasi terawal, manakala lampu belakang segiempat seperti model generasi kedua. Jadi selamatlah jika dikatakan rekabentuk Passport kali ini kembali kepada akarnya.

Dari segi sejarah, enjin Passport tidak pernah kecil, kecuali generasi pertama dalam dua varian pilihan, iaitu 2.6L dan 3.2L V6. Generasi kedua pula menggunakan 3.2L V6 dan generasi ketiga dijana enjin 3.5L V6.

Ciri Honda Passport 2026

Rekabentuk

  • Direka di Studio Rekabentuk Honda Los Angeles berkonsepkan ‘Born Wild’.
  • Ada tiga varian: RTL, TrailSport dan TrailSport Elite.
  • Rim 18 inci dengan tayar 265/60 dan 275/60.
  • Ketegaran sisi depan 72 peratus dan torsi belakang 50 peratus lebih tinggi.
  • Antena disepadu pada cermin sisi belakang dan bukan jenis sirip yu biasa, ini lebih baik untuk memuatkan barangan atas bumbung dan pemanduan lasak.
  • Cangkuk jingga saduran serbuk (powder coat) untuk cegah karat dan direka untuk mudah tanggal jika berlaku perlanggaran depan.
  • Ada lapan warna pilihan, termasuk dua warna baharu: Sunset Orange (jingga) dan Ash Green Metallic (hijau), khas untuk Passport TrailSport.

Dimensi

  • Memiliki dimensi panjang 4,843mm, lebar 1,858mm, dan tinggi  2,018mm, serta jarak roda 2,889mm.
  • Trek: 1,727mm (d), 1,732mm (b)
  • Jarak tinggi bumi 10.8mm
  • Ruang lepas dakian depan: 23º

Trenkuasa

  • Dijana enjin 3.5L DOHC V6 dengan teknologi nyah aktif silinder Variable Cylinder Management (VCM), dibangunkan pasukan jurutera Honda di Ohio
  • Transmisi automatik 10-kelajuan
  • Output kuasa 285hp @ 6,100rpm, dan tork 356Nm @ 5,000rpm
  • Dilengkapi sistem pemvektorn tork pacuan semua roda i-VTM4
  • Ada tujuh mod pandu: Normal, Econ, Sport, Snow, Sand, Tow, dan Trail
  • Keupayaan tunda hingga 5,000 pound (2,268kg)

Dalaman

  • Kluster instrumen digital 10.2 inci
  • Unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci
  • Kerusi depan dengan ciri stabil (Body Stabilizing Seats)
  • Sistem audio premium Bose dengan 12 pembesar suara (untuk varian TrailSport Elite).
  • Sistem kamera TrailWatch, untuk pandangan depan, belakang, sisi, dan 360º (varian TrailSport Elite)

Keselamatan

  • 10 beg udara.
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Maklumat Titik Buta (BSI) dengan jarak radar lebih luas.
  • Bantuan Kesesakan Trafik (TJA).
  • Pengecaman Isyarat Jalan Raya (TSR).
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Susur Halaju Rendah (LSF).
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS).
  • Peringatan Tali Keledar Belakang.
  • Peringatan Kerusi Belakang.

Honda belum mendedahkan perincian harga Passport 2026, kecuali berkongsikan harga bermula pertengahan AS$40,000 (RM201,130), manakala penghantaran kepada pelanggan dijadualkan pada 2025.

Honda Honda Passport Honda Passport 2026 Honda USA Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.